awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas banduan samun wanita sedang tunggang motosikal

Sinar Harian
Sinar Harian
22/11/2021
04:48 MYT
Bekas banduan samun wanita sedang tunggang motosikal
Kejadian samun dilakukan dua suspek bermotosikal dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di Kampung Ana, Tumpat pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
TUMPAT: Dua lelaki menahan dan mengacukan pisau terhadap seorang wanita yang sedang menunggang motosikal secara bersendirian ketika melalui sebuah lorong di Kampung Ana di sini pada Sabtu lalu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang menyebabkan mangsa berusia 43 tahun kerugian RM7,000 apabila rantai tangannya diambil lelaki berkenaan.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud bagaimanapun berkata, seorang daripada dua suspek berjaya ditahan polis pada awal pagi Ahad.
Beliau berkata, suspek terbabit merupakan banduan yang dibebaskan dari penjara pada bulan lalu serta memiliki 17 rekod jenayah lampau atas kesalahan dadah dan jenayah.
“Dalam kejadian itu, mangsa menunggang motosikal bersendirian, secara tiba-tiba didatangi dua lelaki tidak dikenali yang menunggang sebuah motosikal lain dari arah belakang.
“Suspek bertindak menghalang laluan motosikal mangsa dan pemboncengnya turun menghampiri wanita berkenaan serta mengacukan sebilah pisau.
“Suspek kemudian menarik seutas gelang tangan emas yang dipakai mangsa sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal bersama seorang lagi suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Beliau berkata, akibat kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Chabang Empat di sini.
“Siasatan dijalankan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh daripada sebuah rumah di sekitar lokasi kejadian.
“Suspek berusia 32 tahun ditahan di Wakaf Bharu.
"Semakan mendapati suspek memiliki 17 rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah serta dadah, manakala ujian saringan yang dijalankan mendapati lelaki itu positif dadah jenis amphetamine,” jelas beliau.
Beliau berkata, suspek direman enam hari bermula Ahad untuk siasatan lanjut.
“Polis masih mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompakan bersenjata pisau,” ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#samun
#acu pisau
#Kampung Ana
#Ab Rashid Mat Daud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan