awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas CEO AirAsia X, Azran Osman Rani cedera dilanggar ketika berbasikal

Astro Awani
Astro Awani
27/05/2018
10:36 MYT
Bekas CEO AirAsia X, Azran Osman Rani cedera dilanggar ketika berbasikal
Terdahulu, Azran pernah berkhidmat sebagai CEO iFlix Malaysia dan CEO serta pengasas bersama sebuah syarikat teknologi kesihatan. - Gambar fail/Bernama
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X, mengalami kecederaan selepas dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta sewaktu berbasikal di Jalan Tuanku Abdul Halim (Jalan Duta) menghala ke Jalan Kuching, di sini, pagi tadi.
Mangsa, Azran Osman Rani, 47 tahun dipercayai berbasikal berseorangan sebelum dilanggar sebuah kereta Proton Wira yang dipandu oleh pelajar berusia 20 tahun.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, siasatan awal mendapati pemandu kenderaan tersebut awalnya berada di lorong kiri menghala ke Jalan Kuching sebelum menukar laluan memasuki susur kiri menghala Damansara.
"Ketika cuba mengubah laluan, pemandu tidak perasan ada penunggang basikal di hadapannya lalu terlanggar belakang basikal mangsa.
"Mangsa dipercayai tercampak atas kenderaan lalu jatuh di atas jalan, menyebabkannya mengalami kecederaan pada kepala dan tangan kiri.
"Pemandu kereta tidak mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Namun, kemalangan itu berlaku di jalan lurus yang mempunyai tiga lorong dan keadaan laluan kering dengan cuaca baik.
Tambahnya, mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan susulan.
Manakala kes ini disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, Azran pernah berkhidmat sebagai CEO iFlix Malaysia dan CEO serta pengasas bersama sebuah syarikat teknologi kesihatan.
Topic Berkaitan
#Airasia X
#Azran Osman Rani
#basikal
#Bekas Ketua Pegawai Eksekutif
#cedera
#Jalan Duta
#Jalan Kuching
#langgar
#proton wira
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan