awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas CEO Kumpulan Perak Corporation Berhad didakwa atas tuduhan rasuah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
10/01/2019
02:57 MYT
Bekas CEO Kumpulan Perak Corporation Berhad didakwa atas tuduhan rasuah
Aminuddin (gambar) dilantik CEO Kumpulan Perak Corp pada Febuari 2013 dan meletakkan jawatan pada Mei 2018. - Foto Sinar Harian
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perak Corporation Berhad (Perak Corp) didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas tuduhan menerima suapan berupa pembayaran pembinaan rumah banglo miliknya yang bernilai hampir setengah juta ringgit.
Tertuduh, Datuk Aminuddin Md Desa bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim S. Indra Nehru.
Aminuddin, 57, dituduh melakukan kesalahan itu pada 17 Januari hingga 3 Julai 2017 di Public Bank Berhad cawangan Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh.
Beliau dituduh menerima pembayaran bagi kerja-kerja pembinaan banglonya di Mukim Hulu Kinta berjumlah RM455,660 daripada pengarah sebuah syarikat pembinaan yang diketahui terlibat dengan kontrak cadangan kerja-kerja infrastruktur utama dan lain-lain kerja berkaitan di Bandar Meru Raya 2.
Beliau dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, atau denda atau kedua-duanya.
Aminuddin dilantik sebagai CEO Kumpulan Perak Corp pada Febuari 2013 dan meletakkan jawatan pada Mei tahun lalu.
Beliau juga merupakan bekas Ketua Eksekutif anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).
Hakim menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin di samping syarat tambahan, tertuduh diminta menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Hakim kemudiannya menetapkan 22 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula untuk pengurusan kes.
Topic Berkaitan
#banglo
#CEO
#Ipoh
#mahkamah
#Mahkamah Sesyen
#Perak Corp
#Perak Corporation Berhad
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan