Bekas Duta Besar Malaysia di Peru Datuk Ahmad Mokhtar Selat meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), malam tadi, akibat penyakit barah.
Ahmad Mokhtar, 66, meninggal dunia pada 7.40 malam setelah tiga minggu dimasukkan ke PPUM, menurut anak kedua Allahyarham, Rizal Afandy, 38.
"Kira-kira tiga minggu arwah (ayah) dirawat di wad, sebelum ini pernah menjalani rawatan diagnosis barah buah pinggang pada Mac 2013.
"Dalam enam bulan kemudian, doktor mengesan barahnya telah merebak ke paru-paru sebelum merebak ke bahagian lain," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Jalan SS4B/1, Kelana Jaya.
Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al-Ehsan, Kelana Jaya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 8, Kota Damansara pada 11 pagi ini.
Allahyarham meninggalkan isteri Datin Jeliah Ghalim dan tiga anak.
Ahmad Mokhtar, yang bertugas sebagai duta Malaysia di Peru selama tiga tahun sehingga 1999 pernah menjadi tebusan kumpulan gerila Tupac Amaru bersama ramai diplomat negara lain di kediaman duta Jepun di Lima pada Disember 1996.
Bernama
Thu Jan 22 2015
Ahmad Mokhtar, yang bertugas sebagai duta Malaysia di Peru selama tiga tahun sehingga 1999 pernah menjadi tebusan kumpulan gerila Tupac Amaru pada Disember 1996.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Bekas duta Malaysia di Peru Ahmad Mokhtar Selat meninggal dunia
Bekas duta, Datuk Ahmad Mokhtar Selat meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), malam tadi, akibat penyakit barah.