awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hutan di kaki Bukit Bendera dan tapak pelupusan sampah Pulau Burung terbakar
Ketua masyarakat, ketua kaum perlu laksana tanggungjawab dengan amanah - Tiong
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas gabenor BNM tidak sedar kerugian besar bank pusat itu - Saksi

Bernama
Bernama
30/08/2017
12:17 MYT
Bekas gabenor BNM tidak sedar kerugian besar bank pusat itu -  Saksi
RCI diberitahu gabenor BNM ketika itu Tan Sri Jaffar Hussein pada mulanya tidak menyedari kerugian besar yang ditanggung oleh bank pusat. - Gambar fail
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing (forex) Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal 1990an diberitahu bahawa gabenor BNM ketika itu Tan Sri Jaffar Hussein pada mulanya tidak menyedari kerugian besar yang ditanggung oleh bank pusat itu.
Bekas pembantu khas kepada Jaffar, Lee Siew Kuan, 86, yang diambil bertugas untuk bank pusat itu bagi menguruskan skandal yang membabitkan kira-kira 20 koperasi pengambil deposit pada masa itu, berkata Jaffar telah meminta beliau melihat akaun BNM.
"Berikutan itu saya menghubungi Jabatan Akaun dan diberitahu oleh akauntan yang saya tidak ingat namanya, bahawa berlaku kerugian besar ditanggung BNM dalam urus niaga forex," katanya.
Lee berkata beliau segera memberitahu gabenor mengenai kerugian besar itu tetapi beliau (Jaffar) tidak percayakan saya dan berkata kerugian tidak mungkin sebanyak itu.
"Gabenor meminta saya melihat akaun itu sekali lagi dan saya lakukan. Selepas melihat sekali lagi, saya menemui dan memberitahu timbalan gabenor BNM ketika itu Tan Sri Dr Lin See Yan bahawa kerugian besar ditanggung BNM adalah kira-kira RM8 bilion ke RM9 bilion," katanya.
Saksi kesebelas dalam prosiding RCI itu berkata Lin dan beliau kemudian memberi taklimat kepada Jaffar.
"Kali ini, Jaffar menerima hal kerugian itu. Jaffar tidak berkata apa-apa dan kelihatan bimbang dan terkejut," katanya.
Lee berkata beliau tidak dapat menyatakan siapa bertanggungjawab terhadap kerugiaan forex dalam tempoh dari 1990 hingga 1993 kerana beliau tidak mempunyai fakta.
Beliau berkata jabatan akaun BNM tidak mengemukakan laporan bulanan mengenai urus niaga forex dilakukan oleh Jabatan Perbankan kepada beliau dalam kapasitinya sebagai pembantu khas kepada gabenor BNM dari 1990 hingga 1993.
Dalam kenyataan saksinya, Lee berkata Lin menawarkan beliau menyertai BNM sebagai pegawai kontrak yang beliau terima dan menyertai BNM selama tiga tahun.
Lee berkata, beliau dilantik ke jawatan itu untuk menyelesaikan masalah dan semua perkara membabitkan lebih 20 koperasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bank
#Bank Negara
#Bank Negara Malaysia
#forex
#Malaysia
#RCI
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan