Seorang bekas ahli kumpulan kongsi gelap tidak menyangka pertemuannya dengan seorang individu bernama 'Adam' di sebuah masjid, di sini 'membuka jalan' untuknya memeluk Islam biarpun sebelum ini tidak pernah terlintas untuk berbuat demikian.
Abdul Rahman Abdullah, 38, atau nama asalnya Chee Yin Wei berkata pertemuan singkat yang tidak dijangka itu berlaku sekitar Julai tahun lepas di mana ketika itu dia berada dalam keadaan tidak tentu arah disebabkan pelbagai masalah.
"Saya berasa sangat tertekan disebabkan masalah rumah tangga, masalah hutang dan masalah gengsterisme saya sehinggakan saya telah masuk ke perkarangan masjid itu sebelum tanpa dijangka bertemu dengan Adam.
"Saya kemudian menceritakan masalah saya kepada Adam dan selepas itu dia pelawa saya ikut solat Asar pada waktu itu dan walau pun saya bukan Muslim saya setuju dan dia ajar saya berwuduk dan minta ikut pergerakan solat sahaja," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Katanya, sepanjang melakukan solat itu, hatinya berasa cukup tenang dan berasa sangat sebak terutama ketika bersujud kerana memikirkan perbuatan dan dosa yang pernah dilakukan sebelum ini sekaligus membuatkannya memasang niat untuk memeluk agama Islam.
Abdul Rahman yang sebelum ini juga pernah bekerja sebagai tukang masak di Singapura berkata dia kemudiannya membuat kajian dan memahami mengenai agama Islam sebelum bertindak memeluk agama itu dua minggu kemudian.
"Pada 7 Ogos tahun lepas saya pergi menemui seorang imam di sebuah masjid di Jalan Pegawai, di sini dan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan ahli jawatankuasa masjid itu, Alhamdulillah saya bersyukur dipilih terima hidayah tidak ternilai ini," katanya.
Abdul Rahman yang berasal dari Tongkang Yard, di sini berkata pada mulanya ibunya tidak bersetuju dengan tindakannya memeluk Islam, namun selepas diberikan penjelasan ibunya dapat memahaminya dan kini sentiasa menghantarnya ke masjid setiap kali solat Jumaat.
"Walaupun dulu saya dipandang hebat, bengis dan hidup senang, namun saya tinggalkan semua itu dan memilih Islam sebagai pegangan akidah walaupun mulanya susah meneruskan hidup kerana ditinggalkan rakan dan saudara mara selepas bergelar Muslim," katanya.
Abdul Rahman yang berkebolehan memasak kini mencari pendapatan dengan mengambil upah menyediakan hidangan bagi majlis kenduri dan jamuan untuk program-program yang dianjurkan agensi serta jabatan kerajaan.
Beliau juga adalah salah seorang daripada 5,800 saudara baharu yang berdaftar di negeri ini dan masih mengikuti pengajian di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Alor Setar dan beberapa pusat pengajian lain yang dikendalikan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 09 2019
bdul Rahman Abdullah, 38, menunjukkan kad keterangan memeluk Islam (kiri) ketika ditemui pemberita pada Program Muafakat Bubur Asyura Saudara Baru di Menara Zakat hari ini. - Bernama
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan
Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Bekas gengster kongsi kisah bertemu 'Adam' sebelum peluk Islam
Pertemuan singkat itu berlaku sekitar Julai tahun lepas, ketika dia berada dalam keadaan tidak tentu arah disebabkan pelbagai masalah.