awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas guru agama mengaku tidak bersalah cedera rakan

Sinar Harian
Sinar Harian
31/01/2023
04:40 MYT
Bekas guru agama mengaku tidak bersalah cedera rakan
Nurul Hidayah (tengah) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret pada pada Selasa. -Foto Sinar Harian
MELAKA: Seorang bekas guru sekolah agama wanita tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, pada Selasa, atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang guru wanita lain.
Nurul Hidayah Khairuddin,24, membuat pengakuan itu setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dengan sengaja telah menyebabkan cedera parah ke atas Nurul Nadirah Ahamd Ropie berusia 24 tahun.
Kejadian itu didakwa berlaku di dalam kelas Tahun Dua Sekolah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Taman Bukit Rambai di sini pada jam 2.40 petang, 28 September tahun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda.
Insiden itu dipercayai berlaku kerana mangsa hilang sabar setelah mengetahui pengadu memfitnah dirinya kepada guru besar bahawa dia telah keluar berdua-duaan dengan seorang lelaki.
Kejadian itu turut disaksikan murid sekolah berkenaan apabila kedua-dua individu itu saling berbalas pukulan antara satu sama lain.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, J Banusha mencadangkan jaminan RM8,000 dikenakan terhadap tertuduh selain tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa sehingga kes selesai.
Bagaimanapun tertuduh yang diwakili Peguam Mohd Fahmy Mohd Sulaiman merayu jaminan RM3,000 diberikan kerana tertuduh telah berhenti kerja selain mempunyai adik beradik yang masih bersekolah.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 dan menetapkan tarikh 13 Mac depan sebagai sebutan semula kes. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bekas guru sekolah agama wanita
#Nurul Hidayah Khairuddin
#Taman Bukit Rambai
#Jabatan Agama Islam Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan