awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas guru besar hadapi tujuh pertuduhan terlibat pengubahan wang haram

Bernama
Bernama
17/02/2025
08:10 MYT
Bekas guru besar hadapi tujuh pertuduhan terlibat pengubahan wang haram
Zalina (kanan) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas 15 pertuduhan bersubahat menipu dan mengemukakan dokumen palsu berkaitan tuntutan pembekalan makanan asrama dan kontrak pembersihan berjumlah keseluruhan RM500,318. -Bernama
KUALA TERENGGANU: Seorang bekas guru besar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM28,632.60.

Ringkasan AI
  • Seorang bekas guru besar, Zalina Bidin, mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM28,632.60.
  • Zalina didakwa memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram dan menerima wang tersebut ke dalam akaun Maybank miliknya pada Ogos, Oktober, dan November 2022.
  • Hakim membenarkan Zalina diikat jamin RM30,000 dengan syarat tambahan melaporkan diri di pejabat SPRM Terengganu setiap bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah, dan tidak mengganggu saksi pendakwaan. Sebutan semula kes ditetapkan pada 23 Mac depan.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Zalina Bidin, 47, didakwa melibatkan diri secara langsung dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram dengan memberikan arahan untuk memindahkan wang berjumlah RM7,200 dan RM3,288 kepada akaun penerima yang diarahkan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di dua bank berasingan di sini pada Ogos dan Oktober 2022 mengikut Seksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.
Bagi lima lagi pertuduhan, dia didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM18,144.60 yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank miliknya pada Ogos, Oktober dan November 2022, di bawah Seksyen 4(1)(b) AMLATFPUAA 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.
Jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun, denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Feisal Mohd Azmi dan Maziah Mohaide manakala tetuduh diwakili peguam Mohd Hazwan Hamidun.
Hakim Mohd Azhar Othman membenarkan Zalina diikat jamin RM30,000 serta syarat tambahan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM Terengganu setiap bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi pendakwaan sepanjang kes berjalan dengan sebutan semula kes ditetapkan 23 Mac depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas guru besar
#Zalina Bidin
#pengubahan wang haram
#AMLATFPUAA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan