MALAYSIA
Bekas Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad meninggal dunia
Allahyarham Syaikh Ismail Muhammad menghembuskan nafas terakhir awal pagi ini pada usia 81 tahun.
KUALA LUMPUR: Bekas Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad menghembuskan nafas terakhir awal pagi ini.
Allahyarham berusia 81 tahun.
Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sekitar jam 3 pagi.
“Dimaklumkan bahawa Tuan Guru kita semua Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Syaikh Ismail Bin Muhammad, mantan Imam Besar Masjid Negara, Ahli Jawatankuasa Literasi Al-Quran Selangor, Pensyarah Talaqi Lanjutan Tinggi Akademi Literasi Al-Quran Selangor, baru sahaja kembali menghadap Allah SWT.
“Jenazah akan dibawa ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dan urusan mandi serta kafan akan dilakukan selepas solat Subuh. Solat jenazah dijangka sekitar jam 9 pagi,” menurut hantaran itu.
Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya.
Allahyarham Syaikh Ismail pernah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2021/1443 Hijrah.
Allahyarham merupakan Imam Besar Masjid Negara yang paling lama berkhidmat, iaitu selama 12 tahun sejak 2007 hingga 2019, selain pernah menjadi hakim Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa.