MALAYSIA
Bekas jurulatih wushu dipenjara 13 tahun, empat sebatan kerana amang seksual
Gjeblehim Bong Teck Fuu, 34, dihukum penjara 13 tahun dan empat sebatan. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang bekas jurulatih wushu dihukum penjara 13 tahun dan dikenakan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, tiga tahun lalu.
Ringkasan AI
Hakim Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu terhadap Gjeblehim Bong Teck Fuu, 34, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.
"Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun bermula dari tarikh hari ini dan empat sebatan, serta tertuduh diperintahkan menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan serta pengawasan polis selama tiga tahun selepas tamat hukuman," katanya.
Mahkamah turut menolak permohonan peguam tertuduh, Tharamjit Singh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman berkenaan sementara menunggu rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu jurulatih, telah melakukan perbuatan itu terhadap mangsa bagi tujuan seksual di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama, di sini pada jam 7.30 malam, 13 April 2022.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama.
Seksyen 14(a) memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, manakala Seksyen 16(1) memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan tidak kurang daripada dua sebatan, jika sabit kesalahan.
Semasa rayuan terhadap hukuman, Tharamjit memohon hukuman ringan dikenakan terhadap anak guamnya dengan mengambil kira bahawa tertuduh perlu menjaga ibunya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nur Shakila Mohd Shariff memohon hukuman berat dengan mengambil kira kesalahan serius yang dilakukan tertuduh, yang meninggalkan kesan trauma psikologi terhadap mangsa.
"Mangsa adalah kanak-kanak yang memerlukan perlindungan maksimum daripada undang-undang, dan tindakan tertuduh ini mengeksploitasi kelemahan serta kepercayaan mangsa. Tertuduh mempunyai hubungan amanah sebagai jurulatih wushu mangsa, dan sepatutnya bertindak sebagai pelindung dan pembimbing.
"Sebaliknya, tertuduh menyalahgunakan kedudukan tersebut untuk kepuasan nafsunya. Pohon hukuman lebih berat supaya memberi amaran kepada masyarakat agar tidak mengulangi perbuatan seumpama ini," katanya.
Sepanjang perbicaraan yang bermula 22 Aprillepas, seramai tiga saksi pembelaan termasuk tertuduh dan lapan saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan dalam kes tersebut.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Bekas jurulatih wushu, Gjeblehim Bong Teck Fuu, dihukum penjara 13 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun pada April 2022.
- Hukuman turut merangkumi sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama tiga tahun selepas tamat hukuman; permohonan menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan ditolak oleh mahkamah.
- Pendakwaan memohon hukuman berat atas kesan trauma terhadap mangsa dan penyalahgunaan kedudukan tertuduh sebagai jurulatih, manakala pembelaan merayu hukuman ringan atas alasan menjaga ibu tertuduh.