NATIONAL
Bekas jurutera rugi lebih RM9 juta terperdaya pelaburan kripto tidak wujud

Mangsa yang enggan berbuat demikian cuba menghubungi dua individu yang pernah berurusan sebelum ini, namun gagal menyebabkannya membuat laporan polis semalam. -Gambar hiasan/Pixabay
JOHOR BAHRU: Seorang bekas jurutera mendakwa kerugian RM9.47 juta selepas terperdaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud secara dalam talian, bermula Oktober tahun lepas.
Ringkasan AI
- Bekas jurutera mendakwa kerugian RM9.47 juta akibat pelaburan mata wang kripto tidak wujud.
- Mangsa tertarik dengan iklan di media sosial yang menjanjikan pulangan sehingga 50 kali ganda dan membuat 29 transaksi pembayaran.
- Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, dengan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
"Mangsa telah membuat 29 transaksi pembayaran antara Oktober hingga Disember tahun lalu ke 11 akaun bank berbeza, yang berjumlah RM9.47 juta," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Kumar berkata mangsa mendakwa dirinya telah memperoleh keuntungan RM88 juta, namun dimaklumkan perlu membuat bayaran RM800,000 untuk mengeluarkan wang itu.
Mangsa yang enggan berbuat demikian cuba menghubungi dua individu yang pernah berurusan sebelum ini, namun gagal menyebabkannya membuat laporan polis semalam.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami