awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] RUU hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dibentang 19 Jan - PM Anwar
Menantu Hadi Awang didakwa sertai perhimpunan Kampung Sungai Baru
Latvia lapor kerosakan kabel dasar laut di Laut Baltik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas kakitangan Puspakom mengaku tidak bersalah palsu dokumen bernilai RM52,500

Astro Awani
Astro Awani
21/01/2021
07:10 MYT
Bekas kakitangan Puspakom mengaku tidak bersalah palsu dokumen bernilai RM52,500
Hakim Rihaida membenarkan permohonan pendakwaan dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 27 Januari ini.
SHAH ALAM:Seorang bekas kakitangan Puspakom Sdn Bhd mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk tuduhan memalsukan dokumen bernilai RM52,500, lima tahun lalu.
Noor Marliza Ishak, 48 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Rihaida Rafie selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa memalsukan dokumen iaitu invois Kezens Gale bernilai RM52,500 dengan tujuan menipu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Noor Marliza juga didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan bagi pertuduhan pilihan dan boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 465 akta sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Puspakom, Wisma DRB Hicom, Seksyen U1 pada 24 Jun 2016.
Hakim Rihaida membenarkan permohonan pendakwaan dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 27 Januari ini.
Topic Berkaitan
#mahkamah
#Mahkamah Sesyen
#Puspakom
#Kezens Gale
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan