awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas kapten kapal didakwa seleweng 61,000 liter minyak diesel

Bernama
Bernama
09/01/2024
09:07 MYT
Bekas kapten kapal didakwa seleweng 61,000 liter minyak diesel
Azli (kiri) mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menyeleweng 61,000 liter minyak diesel melibatkan kerugian RM97,600 Februari tahun lepas. - Foto Bernama
KUALA TERENGGANU: Seorang bekas kapten kapal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menyeleweng 61,000 liter minyak diesel melibatkan kerugian RM97,600 pada Februari tahun lepas.
Bagi pertuduhan pertama, Azli Mohd Noor, 38, yang diamanahkan mengawal kapal Alkahfi Chief didakwa pecah amanah dengan melakukan penyelewengen minyak diesel 26,000 liter daripada kapal tersebut dan menyebabkan kerugian RM41,600.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga pula, dia didakwa melakukan kesalahan sama melibatkan minyak diesel sebanyak 20,000 liter dengan nilai kerugian RM32,000 dan 15,000 liter (kerugian RM24,000).
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan antara 12 hingga 25 Feb tahun lepas di sekitar perairan Kuala Terengganu mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara tidak kurang setahun dan maksimum 14 tahun dan sebat serta denda.
Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan perlu melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan serta menetapkan 21 Feb ini sebagai sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nabihah Hanin Ayim manakala tertuduh diwakili peguam Che Amir Che Musa.
Di mahkamah berasingan, seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mengambil dan menjual minyak diesel yang diseleweng.
Teo Kok Chye, 52, didakwa memindahkan harta curi iaitu mengambil dan menjual minyak diesel yang diseleweng daripada kapal Alkahfi Chief dan telah menyebabkan kerugian RM97,600 di sekitar perairan Kuala Terengganu pada Feb 2022.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Feb ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aisyah Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam Aniesha De Silva.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#seleweng diesel
#Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu
#bekas kapten kapal
#kapal Alkahfi Chief
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan