KUALA LUMPUR:Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Datuk Sheikh Moksin Sheikh Hassan serta dua lagi pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas 17 pertuduhan menerima dan meminta suapan daripada sebuah syarikat kontraktor berhubung beberapa projek di Kementerian Pertahanan (Kementah).
Sheikh Moksin, 59; Lt Kol Che Ahmad Idris, 54 dan Brig Jen Mohammed Feizol Anuar Ayob, 50, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.
Che Ahmad yang merupakan Ketua Cawangan Peperangan Siber Strategik, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan, Kementah ketika kejadian didakwa atas satu pertuduhan meminta suapan RM500,000, satu pertuduhan setuju terima suapan RM500,000 dan tiga pertuduhan menerima suapan RM105,000 daripada Pengarah Urusan Syarikat FEHM Entity Sdn Bhd (FEHM Entity), Elias Jemadi Tajudin sebagai dorongan melantik syarikat tersebut secara rundingan terus bagi perkhidmatan senggaraan untuk bahagiannya di Kementah.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Kompleks Perumahan Tun Osman Jewa, Kementah, di sini, antara September 2019 dan 7 April 2020.
Mohammed Feizol Anuar yang merupakan penasihat ketenteraan Menteri Pertahanan semasa kejadian, didakwa atas lima pertuduhan menerima suapan berjumlah RM128,000 daripada Elias Jemadi melalui Pengarah Eksekutif FEHM Entity Hishamuddin Johari dan Pengurus Projek syarikat sama Nurin Nazwa Elias Jemadi sebagai dorongan untuk membantu menyerahkan Surat Niat untuk menjadi rakan strategik dan kontraktor senggaraan bagi peralatan perisikan untuk Bahagian Staf Perisikan Pertahanan di Kementah.
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di parkir Masjid Khalid Al-Walid, Kementah; parkir Dorsett Residences Sri Hartamas; di hadapan syarikat FEHM Entity, Wangsa Maju dan Persiaran Bukit Melawati, Bukit Melawati di sini, antara 30 Oktober 2019 dan 24 Jun 2020.
Sheikh Mokhsin pula didakwa atas satu pertuduhan meminta suapan RM1 juta, satu pertuduhan setuju terima suapan RM1 juta dan empat pertuduhan menerima suapan berjumlah RM266,000 daripada Elias Jemadi sebagai dorongan untuk meluluskan cadangan pelantikan syarikat tersebut secara rundingan terus bagi perkhidmatan senggaraan di bahagiannya di Kementah.
Pesara tentera itu dituduh melakukan perbuatan tersebut di Havana Club, Hotel Concorde; Pejabat Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Kementah dan HairDoc Medical Publica, Solaris Dutamas, di sini antara 20 Jun 2019 dan 5 Jun 2020.
Sheikh Mokhsin juga didakwa atas satu lagi pertuduhan menerima suapan wang tunai RM50,000 daripada Syed Omar Syed Mohamad kerana melantik Syarikat Malvus Sense Sdn Bhd bagi melaksanakan perolehan, perbekalan, penghantaran, latihan dan pentauliahan bagi dua sistem khas kepada bahagiannya di pejabatnya, pada 2.30 petang, 26 Jun 2020.
Semua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan TPR Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd Rahman masing-masing menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM terdekat sekali sebulan bagi setiap tertuduh.
"Dalam kes ini, pertuduhan terhadap setiap tertuduh melibatkan jumlah yang besar dan jika disabitkan kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda lima kali ganda.
"Kedudukan mereka sebagai pegawai-pegawai tinggi juga perlu diambil kira. Mohon mahkamah memberikan jumlah jaminan yang setimpal supaya menunjukkan kepada orang di luar sana bahawa mahkamah memandang serius terhadap kes-kes sebegini," kata Muhammad Asraf.
Sementara itu, TPR Siti Noor Hafizan Zakaria memohon mahkamah menawarkan jaminan RM20,000 dan satu penjamin bagi pertuduhan ketujuh yang dihadapi Sheikh Mohsin (menerima suapan RM50,000 daripada Syed Omar).
Kesemua tertuduh yang masing-masing diwakili peguam Gooi Soon Seng (Che Ahmad), Azrul Zulkifli Stork (Mohammed Feizol Anuar) dan P.G. Cyril (Syeikh Moksin) merayu jaminan rendah dengan alasan kesemua mereka adalah penanggung utama keluarga.
"Mohon mahkamah mengenakan jaminan yang rendah terhadap Syeikh Moksin memandangkan dia adalah seorang pesara dan dua daripada anaknya masih belajar. Selain itu, tertuduh memberi kerjasama yang baik dengan pihak SPRM.
"Saya juga memohon tidak mengenakan sebarang jaminan bagi satu lagi pertuduhan (pertuduhan ketujuh yang dihadapi Syeikh Moksin) memandangkan tertuduh telah diberikan jaminan RM100,000 bagi enam pertuduhan lain," kata Cyril.
Mahkamah membenarkan Che Ahmad dijamin RM80,000, Mohammed Feizol Anuar RM60,000 dan Sheikh Moksin RM110,000, masing-masing dengan seorang penjamin serta mereka perlu menyerahkan paspot kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM berdekatan kediaman sebulan sekali.
Mahkamah menetapkan 27 November untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pada 15 Oktober lepas, bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas lima pertuduhan menerima dan meminta suapan berjumlah RM6.35 juta daripada FEHM Entity bagi membantu mendapatkan projek di kementerian itu. – BERNAMA
Bernama
Tue Oct 27 2020

Tiga pegawai kanan ATM termasuk seorang pesara dituduh atas 17 pertuduhan menerima dan meminta suapan daripada sebuah syarikat kontraktor berhubung beberapa projek di Kementerian Pertahanan. - Foto Astro AWANI

AWANI Ringkas: Tiada bukti RM42 juta datang dari Raja Arab Saudi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KVDSMZ ditutup dua minggu, 37 pelajar positif COVID-19
Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zain (KVDSMZ) Alor Gajah ditutup selama dua minggu bermula hari ini sehingga 4 Mei depan susulan 37 pelajarnya disahkan positif COVID-19.
![[TERKINI] Kapal selam Indonesia hilang di perairan Bali [TERKINI] Kapal selam Indonesia hilang di perairan Bali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900918/14824808291619013445754_640x360.jpg)
[TERKINI] Kapal selam Indonesia hilang di perairan Bali
Sebuah kapal selam milik tentera laut Indonesia dilaporkan hilang di perairan Bali. Jurucakap Tentera Laut Indonesia mengesahkan, kapal selam yang membawa 53 anak kapal itu hilang kira kira 96 kilometer dari pesisir Bali pada jam 4.30 pagi waktu tempatan.
![AWANI 7:45 [21/04/2021]: Kajian Julai-September 2020 | Tiga lagi daerah dikenakan PKP AWANI 7:45 [21/04/2021]: Kajian Julai-September 2020 | Tiga lagi daerah dikenakan PKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900925/14824808541619012868217_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [21/04/2021]: Kajian Julai-September 2020 | Tiga lagi daerah dikenakan PKP
Saksikan #AWANI745 untuk berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Syaff Shukri dan Essan Yahya. Fokus #AWANI745 malam ini: - Kebimbangan rakyat Malaysia terhadap #COVID19 semakin berkurangan. - PKP di seluruh Kelantan sehingga 29 April. - Cemburu buta mengundang jenayah bunuh.

Pas sedia jadi orang tengah selesai isu UMNO-Bersatu - Dewan Ulama
Pas bersedia untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan pertelingkahan antara UMNO dan Bersatu demi kelangsungan pemerintahan negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Agenda AWANI: Kontroversi Liga Super Eropah
Kontroversi Liga Super Eropah, diskusi Nazri Kahar bersama wartawan bebas, Shahrim Tamrin dalam Agenda AWANI.

COVID-19: Kes baharu di Sabah kembali catat tiga angka
Negeri Sabah kembali mencatatkan kes COVID-19 tiga angka pada hari ini dengan 172 kes positif baharu.

Pemegang PLS tamat tempoh perlu mohon Pas Khas mulai esok - KP Imigresen
Warga asing perlu hadir ke pejabat imigresen bagi memohon Pas Khas ini, mengikut janji temu yang telah dimohon melalui 'Sistem Temujanji Online' (STO).

Desak tutup sekolah, perkemas sistem PdPR
Tutup sementara sesi persekolahan dan kelas dibuat secara dalam talian susulan peningkatan kes COVID-19. Itu antara gesaan para ibu bapa tatkala melihat kluster melibatkan institusi pendidikan terus meningkat.

Kebajikan | Isu tunggakan gaji kakitangan UCSF diselesaikan
Isu tunggakan gaji kakitangan dan tenaga pengajar Universiti Kolej Yayasan Sabah akan diselesaikan. Itu jaminan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. Malah kata Hajiji, pihaknya akan memanggil Pengarah Yayasan Sabah bagi mendapat perincian isu itu.

20,000 veteran belum berdaftar dengan JHEV ATM - Ismail Sabri
Kira-kira 20,000 warga veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih belum berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tarantula, kenderaan berperisai mobiliti tinggi pertama negara
Kereta perisai ini telah melalui pelbagai ujian dari pasukan Tentera Darat serta Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi, Kementerian Pertahanan.

223,579 veteran ATM akan terima suntikan vaksin COVID-19 pada fasa kedua
Kumpulan pertama akan diberi kepada mereka yang mempunyai penyakit kronik dan yang sering berulang ke hospital untuk menerima rawatan.

Lebih ramai petugas barisan hadapan dapat vaksin COVID-19 di PKRC MAEPS
PKRC Bersepadu 2.0 MAEPS merupakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang utama di kawasan Lembah Klang.

Mindef sasar tingkatkan kuota pelajar RMC untuk UPNM - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, Mindef berharap KPT dapat tingkatkan kuota kemasukan pelajar RMC ke UPNM sehingga ke tahap 40 peratus.

Yang di-Pertuan Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat Malaysia ke-88
Baginda turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh keluarga para perwira dan anggota Tentera Darat yang telah terkorban semasa bertugas.

Kumpulan sasar ATM diberi suntikan vaksin fasa pertama
Setakat semalam, seramai 230 anggota ATM telah divaksinasi dengan dos pertama dari vaksin jenis Cominarty keluaran Pfizer.

Ismail Sabri, pegawai tertinggi ATM terima suntikan vaksin COVID-19
Beliau menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan sekitar pukul 9.30 pagi oleh vaksinator Koperal Siti Maliah Sheikh Alwi.

Petugas kesihatan ATM diberi keutamaan pemberian vaksin COVID-19
Lebih 4,000 petugas kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diberi keutamaan untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 sebaik fasa pertama pemberian vaksin bermula.

Ketibaan vaksin Pfizer-BioNTech: Ini lima perkara yang anda perlu tahu
Berikut adalah 5 perkara yang anda perlu tahu tentang apa yang berlaku hari ini.