Bekas KP SPRM tiba untuk bertemu PM

Hafiz Marzukhi
Mei 17, 2018 01:24 MYT
Tan Sri Abu Kassim Mohamed dilihat tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana untuk bertemu PM. - Foto Astro AWANI/Hafiz Marzukhi
Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dilihat hadir ke Yayasan Kepimpinan Perdana bagi pertemuan bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kereta beliau tiba sekitar jam 8.24am di pekarangan Yayasan sebelum dilihat memasuki bangunan.
Tiada pengesahan rasmi tentang apa yang dibincangkan namun spekulasi bertiup kencang bahawa Abu Kassim merupakan antara calon yang tersenarai pendek untuk mengisi kekosongan Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Jawatan tersebut kosong selepas penyandang sebelum ini Tan Sri Dzulkifli Ahmad meletakkan jawatan pada awal minggu ini.
#Abu Kassim Mohamed #bekas KP SPRM #Mahathir Mohamad #Perdana Menteri #PM #SPRM #Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia #Yayasan Kepimpinan Perdana