JOHOR BAHRU: Bekas Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Johor di sini semalam selepas diserang strok ringan.
Anaknya, Nornekman berkata Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas dimasukkan ke hospital itu kira-kira 10 malam.
"Alhamdulillah, keadaan ayah saya semakin stabil. Beliau sudah boleh bercakap dan menjawab panggilan telefon sebentar tadi.
"Ayah saya sedang dalam proses untuk mendapatkan rawatan hospital di Kuala Lumpur. Saya dengan ini memohon doa daripada tuan dan puan agar kesihatan ayah saya pulih seperti sediakala," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Bersatu negeri Senator Md Nasir Hashim berkata perkara itu memeranjatkan seluruh ahli Bersatu di Johor.
"Berita ini sangat mengejutkan dan saya dimaklumkan perkara ini ketika berada di Dewan Negara," katanya.
ADUN Permas Datuk Che Zakaria Mohd Salleh berkata beliau akan ke ibu negara esok bagi menziarahi Osman.
"Saya dimaklumkan beliau berada dalam keadaan yang stabil," katanya.
Osman, 70, yang juga Ketua Bahagian Bersatu Ayer Hitam dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-16 selepas Pilihan Raya Umum pada 2018.
Beliau merupakan menteri besar bagi tempoh 12 Mei 2018 hingga 8 April 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 13 2021
Osman merupakan menteri besar bagi tempoh 12 Mei 2018 hingga 8 April 2019.- Gambar fail/BERNAMA
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
PRN Johor: Beza haluan politik bukan halangan teruskan legasi bapa - Nornekman Osman
Nornekman Osman tekad meneruskan tugas bapanya menabur khidmat kepada rakyat di DUN Kempas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Jenazah Osman Sapian disemadi di Johor Bahru
Jenazah bekas Menteri Besar Johor dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ar Raudhah di Taman Mount Austin pada pukul 4 petang Rabu.
Tiada PRK di DUN Kempas susulan pemergian Osman Sapian - Speaker
Ia berikutan kekosongan kerusi tersebut berlaku lebih daripada tempoh tiga tahun sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berlangsung iaitu pada Mei 2018.
Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Osman Sapian
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian yang meninggal dunia.
Pemergian Osman Sapian satu kehilangan buat Johor dan Bersatu - Muhyiddin
Pemergian Datuk Osman Sapian satu kehilangan buat Johor dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pemergian Osman kehilangan besar kepada Bersatu
ADUN Kempas itu merupakan seorang pemimpin yang tegas, namun disenangi rakan politik.
Jenazah Osman akan dikebumikan selepas Zohor
Bersatu Johor dimaklumkan mengenai perkara itu daripada keluarga ADUN Kempas terbabit.
Kesihatan Osman Sapian semakin baik - Anak
Keadaan semakin baik dan menunjukkan perkembangan positif. Beliau masih di HPUPM dalam pemerhatian rapi.
Bekas MB Johor Osman Sapian dimasukkan ke hospital selepas diserang strok
Bekas Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Johor di sini semalam selepas diserang strok ringan.
Isu keabsahan Hasni dijangka jadi tumpuan sidang DUN Johor - Osman
Isu keabsahan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dilihat menjadi tumpuan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang bermula esok ( Khamis) hingga 22 Ogos depan.