awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
31/07/2022
15:44 MYT
Bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim meninggal dunia
Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 23 April yang lalu akibat jangkitan pada injap jantung.
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, meninggal dunia di Hospital Cardiac Vascular Sentral, di sini, malam ini.
Perkara itu disahkan pentadbir laman Facebook rasmi beliau dalam satu kenyataan, malam ini.
"Dukacita dimaklumkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah pulang ke rahmatullah pada pukul 11.08 malam tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur.
"Allahyarham pergi dengan tenang dan disaksikan oleh semua ahli keluarganya," katanya di laman Facebook itu.
BACA: Bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim kini dirawat di ICU
BACA: 'Doakan kesembuhan Abdul Khalid'
Katanya, Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 23 April yang lalu akibat jangkitan pada injap jantung.
Allahyarham yang berusia 76 tahun, meninggalkan isteri, Puan Sri Salbiah Tunut, empat anak dan dua cucu.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.
Jenazah kemudian akan dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam bagi memberi peluang kepada rakyat di Selangor yang mahu memberikan penghormatan terakhir dan melakukan solat jenazah.
"Atas titah dan limpah kurnia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Al-Haj, jenazah akan disemadikan di Makam Diraja Shah Alam," katanya.
Topic Berkaitan
#bekas menteri besar selangor
#Abdul Khalid Ibrahim
#meninggal dunia
#Khalid Ibrahim meninggal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan