awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas menteri lelong jam Rolex untuk Palestin

Sinar Harian
Sinar Harian
30/10/2023
07:55 MYT
Bekas menteri lelong jam Rolex untuk Palestin
Gambar kiri: Zulkifli (kanan) memuat naik gambarnya bersama Raja Arab Saudi, Raja Salman. (Gambar kanan) Jam Rolex pemberian Raja Salman yang ingin dilelong Zulkifli. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkilfi Mohamad Al-Bakri melelong jam Rolex miliknya di platform Facebook bermula pada Isnin untuk didermakan kepada rakyat Palestin.
Menurut Zulkilfi, jam mewah itu merupakan hadiah diterimanya daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud ketika menyandang jawatan Mufti Wilayah Persekutuan.
“Dengan menjunjung titah tersebut dan meraikan kesungguhan kerajaan Arab Saudi menyalurkan sumbangan bilion dolar kepada Palestin saban tahun, saya ingin membuka bidaan jam Rolex kesayangan saya ini dengan harga tapak RM40,000.
“Kenaikan bermula RM100 ke atas. Hasil bidaan akan didermakan sepenuhnya untuk kebajikan rakyat Palestin yang sedang menderita di sana.
“Saya buka kepada yang berminat, untuk membida di ruang komen,” katanya menerus hantaran di Faceboooknya pada Isnin.
Kementerian Kesihatan di Wilayah Gaza menyatakan serangan Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 7,703 orang, dengan majoriti daripada mereka merupakan orang awam dan kanak-kanak sejak tercetusnya perang antara pejuang Hamas dan rejim Zionis pada 7 Oktober lalu.
Menceritakan lebih lanjut mengenai jam istimewanya itu, ujar Zulkifli, meskipun hadiah itu diterimanya pada 2017, namun ia hanya dibuka selepas beliau meletakkan jawatan sebagai menteri pada 2021 lalu.
“Kisahnya bermula pada Februari 2017 apabila saya mendapat panggilan mengejut ketika sedang menghadiri mesyuarat sebagai Panel Penasihat Syariah Bank Negara,” ujarnya.
Jelasnya, beliau ketika itu diminta oleh kerajaan Malaysia selaku Mufti Wilayah Persekutuan untuk mewakili semua mufti dan ulama di negara ini menyampaikan ucapan di hadapan Raja Saudi, Raja Salman dalam kunjungan hormatnya ke Malaysia.
Tambahnya, beberapa hari selepas majlis berkenaan, beliau dihubungi Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia mengenai hadiah daripada kerabat diraja itu.
“Saya tidak buka kotak cenderamata tersebut.
"Ia disimpan di pejabat saya di Putrajaya, sehinggalah saya dilantik sebagai Menteri.
"Semasa saya menjawat jawatan Menteri, kotak tersebut dipindahkan ke pejabat kedua saya di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.
“Apabila saya meletakkan jawatan sebagai Menteri pada 2021, kotak tersebut dipindahkan ke pejabat peribadi saya.
"Di sana, barulah saya membukanya dan memakainya sebagai tanda penghargaan atas derma kurnia daripada Raja Saudi,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Solidariti Palestin
#jam rolex
#lelong jam
#Zulkilfi Mohamad Al-Bakri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan