awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Menteri Pendidikan, Musa Mohamad, meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
08/06/2024
13:15 MYT
Bekas Menteri Pendidikan, Musa Mohamad, meninggal dunia
Allahyarham Tan Sri Musa Mohamad yang berkhidmat sebagai Naib Canselor USM dari 1982 hingga 1995 juga adalah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO dari 2000 ke 2003. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR : Bekas Menteri Pendidikan yang juga mantan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Tan Sri Musa Mohamad dilaporkan meninggal dunia jam 7 malam, Sabtu pada usia 81 tahun.
Berita itu seperti yang dimaklumkan oleh keluarga Allahyarham yang dikongsi menerusi Instagram milik bekas Ketua Timbalan Pendaftar Kanan USM, Mohamad Abdullah.
"Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan diletakkan bersama-sama hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
"USM banyak terhutang budi kepada beliau terutamanya dalam pembangunan fizikal dan akademik termasuk meletakkan asas yang kukuh kepada Pengajian Sains Perubatan dan Kejuruteraan.
"Seorang yang tegas dan berpandangan jauh, jovial (periang), berprinsip serta berhati mulia," kata beliau menerusi kapsyen di laman sosial berkenaan," ujarnya.
Kongsi beliau dalam mengenang sumbangan Allahyarham ketika hayatnya, Mohamad Abdullah secara peribadi banyak terhutang budi kepada beliau yang mencorakkan cara bekerja dan pemikiran sepanjang perkhidmatan di universiti berkenaan.
"Saya mula bertugas semasa beliau menjadi Naib Canselor. Sehingga sekarang saya menyimpan banyak kenangan bersama-sama beliau dan masih terasa kehadirannya bersama-sama di kampus USM," tambahnya lagi.
Ujar Mohamad, Allahyarham Tan Sri Musa menjawat jawatan sebagai Menteri Pendidikan dari tempoh 1999 sehingga 2004 dan merupakan Naib Canselor USM yang ketiga.
"Takziah kepada Puan Sri Fauziah Shahrom dan keluarga. Bersama-sama kita sedekahkan doa dan bacaan Al-Fatihah kepada beliau," tambah beliau lagi.
Topic Berkaitan
#belasungkawa
#USM
#Universiti Sains Malaysia
#Tan Sri Musa Mohamad
#bekas menteri pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan