MALAYSIA
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan perkenal Pegawai Pintar Syariah AI
Dua watak Pegawai Pintar Syariah yang diperkenalkan ialah AI Dr Munir dan AI Dr Munirah.
SHAH ALAM: Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri memperkenalkan dua watak digital baharu yang berperanan sebagai Pegawai Pintar Syariah (PPS) di bawah platform Maktabah Al-Bakri.
Ringkasan AI
Zulkifli berkata, kedua-dua pembantu kecerdasan buatan (AI) itu dinamakan AI Dr Munir dan AI Dr Munirah.
Menurut beliau, watak AI Dr Munir dan AI Dr Munirah dibangunkan hasil kerjasama ChatGPT Plus (dibangunkan oleh OpenAI) dan Hedra Studio yang berfungsi sebagai pembangun persona tersuai dengan sentuhan tempatan dan pastinya patuh syariah.
"Kedua-duanya berperanan dalam merumuskan jawapan kepada lebih 9,000 persoalan-persoalan berkaitan hukum semasa, fatwa kontemporari dan isu fiqh masyarakat yang ada dalam pangkalan data aplikasi Al-Inarah.
"Jangan risau kerana mereka telah diprogramkan untuk mesra media sosial. Jawapan mereka juga adalah berdasarkan pendirian saya terkait isu dalam hal ehwal agama," katanya menerusi laman Facebook pada Jumaat.
Tambah Zulkifli, usaha itu baharu sahaja permulaan dan akan ada lebih banyak kejutan.
"Ini baru permulaan. Nantikan lebih banyak kejutan. Ikuti episod pertama bersama AI Dr Munirah, 'Hukum Isteri Mengidam Makan Pelik-Pelik: Suami Wajib Tunaikan?'," ujarnya.
Maktabah Al-Bakri memainkan peranan sebagai sebuah pusat penyelidikan hukum-hakam dan fatwa yang menghimpunkan kajian-kajian semasa yang dijalankan oleh badan-badan berautoriti dalam bidang penyelidikan dan kefatwaan sedunia untuk manfaat ummah.
Maktabah Al-Bakri juga menyalurkan ilmu-ilmu Islam yang sahih melalui medium infografik, artikel, ebuku, animasi, video, webinar, kursus dalam talian dan pelbagai teknologi terkini. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri memperkenalkan dua watak AI baharu, AI Dr Munir dan AI Dr Munirah, sebagai Pegawai Pintar Syariah (PPS) di bawah platform Maktabah Al-Bakri.
- Kedua-dua AI ini dibangunkan dengan kerjasama ChatGPT Plus dan Hedra Studio, berfungsi menjawab lebih 9,000 persoalan hukum semasa dan fatwa berdasarkan pangkalan data Al-Inarah serta pandangan Zulkifli sendiri.
- Maktabah Al-Bakri berperanan sebagai pusat penyelidikan hukum dan fatwa, menyampaikan ilmu Islam melalui pelbagai medium digital seperti infografik, video, webinar dan kursus dalam talian.