PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Zakaria Kasa daripada tuduhan salah guna kuasa dengan memasukkan nama anak lelakinya untuk ditemu duga di universiti berkenaan, 10 tahun lepas.
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Zakaria, 67, yang hadir ke mahkamah berkerusi roda untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 18 bulan dan denda RM10,000 yang diputuskan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 2 Jun 2023.
Hakim Hadhariah dalam keputusan sebulat suara berkata mahkamah mendapati keterangan yang dikemukakan tidak memenuhi inti pati pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
"Perayu (Zakaria) dikatakan memasukkan nama saksi pendakwaan kesembilan (SP9) Mohd Fauzi Zakaria (anak perayu) untuk dipanggil temuduga, sedangkan keterangan saksi pendakwaan keempat (SP4) (pembantu tadbir UPSI) dan saksi pendakwaan kelima (SP5) (pegawai tadbir UPSI) menyatakan SP9 ada membuat permohonan secara dalam talian dan beliau layak untuk menghadiri temuduga.
"SP4 dan SP5 juga menyatakan mereka tidak dipengaruhi oleh perayu untuk membuat keputusan mengangkat nama SP9 untuk hadir temuduga. Berdasarkan keterangan SP4 dan SP5, kami mendapati sabitan ke atas perayu tidak selamat.
" Oleh itu, sabitan dan hukuman oleh hakim Mahkamah Tinggi diketepikan dan perayu dilepas dan dibebaskan," katanya yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin.
Selepas keputusan itu, ahli keluarga perayu yang berada di galeri awam menangis sambil mengucapkan 'Alhamdulillah'.
Mengiku pertuduhan, Zakaria didakwa sebagai Naib Canselor UPSI telah menggunakan jawatannya berhubung perkara yang beliau mempunyai kepentingan apabila mengarahkan Mohd Faizi Othman iaitu pendaftar UPSI untuk memasukkan nama anak lelaki Zakaria, Mohd Fauzi untuk dipanggil temuduga pada 12 Sept 2014.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik Naib Canselor, Pejabat Naib Canselor, Bangunan Canselor, UPSI, Tanjung Malim antara pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari, 24 Jun hingga 12 Sept 2014.
Pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi.
Pada 3 Dis 2019, Mahkamah Sesyen Ipoh melepas dan membebaskan Zakaria daripada pertuduhan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.
Pihak pendakwaan kemudian mengemukakan rayuan untuk mengetepikan keputusan tersebut di Mahkamah Tinggi Ipoh dan pada 2 Jun 2023, mahkamah mengetepikan keputusan tersebut dan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan serta denda RM10,000 ke atas Zakaria.
Prosiding hari ini turut dihadiri pasukan peguam mewakili Zakaria iaitu Awang Armadajaya Awang Mahmud, Shahidah Muslimah Roslan, Hasshahari Johari Mawi, Mohd Radzlan Jalaludin dan Muhamad Hafizan Shafuan Kamarulzaman manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Atiqah Abdul Karim dan Maziyah Mansor.
Terdahulu, Awang Armadajaya berhujah saksi pendakwaan pertama (pendaftar UPSI) adalah saksi yang tidak boleh dipercayai kerana keterangannya bercanggah dengan keterangan saksi pendakwaan keempat dan kelima.
"SP1 (saksi pendakwaan pertama) menyatakan anak perayu tidak membuat permohonan untuk menghadiri temuduga menerusi dalam talian, sedangkan SP4 dan SP5 yang membuat pemeriksaan senarai nama temuduga, menyatakan nama anak perayu ada dalam senarai tersebut," katanya.
Menurut peguam itu, arahan anak guamnya kepada pendaftar UPSI berkenaan iaitu 'tolong tengok-tengokkan' merupakan arahan yang tidak terjumlah dalam suatu kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Sementara itu, Atiqah berkata nama anak perayu dimasukkan dalam senarai temuduga adalah atas permintaan perayu, sedangkan perayu dan SP1 mengetahui anak perayu tidak melepasi tapisan awal dan tidak layak untuk dipanggil temuduga.
"Apabila perayu meminta SP1 untuk "tengok-tengokkan" nama-nama yang diberikan perayu kepada beliau (SP1), adalah secara tidak langsung perayu meminta SP1 untuk memasukkan nama-nama yang diberikan termasuk nama anaknya di dalam senarai temuduga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 15 2024
Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Zakaria (foto) daripada tuduhan salah guna kuasa dengan memasukkan nama anak lelakinya untuk ditemu duga di universiti berkenaan, 10 tahun lepas. -Gambar fail/Bernama
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Pemandu jengkaut terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun
Zulhisham Fadly yang diwakili Mazlan Md Zain, telah dipenjarakan selama hampir 16 tahun.
Kes bunuh anak tiri: Boy Tiger terlepas hukuman mati, dipenjara 35 tahun
Seorang bekas kontraktor terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 35 tahun atas kesalahan membunuh anak tirinya.
Datuk rogol cucu: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 20 tahun
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang datuk kerana merogol cucu perempuannya yang berusia tujuh tahun enam tahun lepas.
Muhyiddin mohon kebenaran cabar keputusan Mahkamah Rayuan
Muhyiddin memfailkan notis usul di pejabat pendaftar, Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melalui Tetuan Chetan Jethwani & Company.
Satu lagi pengurusan kes rayuan terhadap pembebasan Bung Mokhtar, isteri pada 26 April
Mahkamah Rayuan menetapkan 26 April depan bagi satu lagi pengurusan kes berhubung rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya daripada tiga pertuduhan rasuah.
Kes VLN: Tarikh akhir rayuan pembebasan Zahid Hamidi 9 September
Tarikh 9 September ditetapkan sebagai tarikh untuk rayuan pendakwaan berhubung pembebasan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Hukuman gantung 6 lelaki bunuh Kevin Morais kekal
Keputusan secara sebulat suara itu diputuskan panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail.