Bekas Panglima Tentera Darat hadir ke ibu pejabat SPRM

Kenderaan dinaiki Muhammad Hafizuddeain tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 3.10 petang tadi. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Bekas Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini dipercayai bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes rasuah tender perolehan TDM.
Ringkasan AI
- Bekas Panglima Tentera Darat Malaysia, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan hadir di ibu pejabat SPRM dipercayai bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes rasuah tender perolehan TDM.
- Muhammad Hafizuddeain telah diarah bercuti oleh Menteri Pertahanan berhubung dakwaan rasuah sehingga siasatan selesai, dan Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman kini dilantik sebagai Panglima Tentera Darat Malaysia yang baru.
- SPRM menahan reman 17 pengarah syarikat yang disyaki terlibat dalam kartel tender perolehan Tentera Darat selepas siasatan terarah ke projek-projek melalui tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab Tentera Darat.
Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman kemudian dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-31, berkuat kuasa 1 Jan lepas.
Pada 23 Dis lepas, pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan dan tumpuan terarah kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab Tentera Darat.
Semalam, SPRM menahan reman 17 pengarah syarikat yang disyaki terlibat dalam rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat.
- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


