awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pegawai Ahli Parlimen Merbok didenda RM45,000 buat tuntutan palsu

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
09/05/2024
08:44 MYT
Bekas pegawai Ahli Parlimen Merbok didenda RM45,000 buat tuntutan palsu
Mohamad Khalid membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini. - Gambar/ Astro AWANI
ALOR SETAR: Bekas Pegawai Tugas-Tugas Khas Ahli Parlimen Merbok dijatuhkan hukuman denda RM45,000 di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bagi projek baik pulih rumah pada 2020.
Tertuduh Mohamad Khalid Abdul Hamid, 46, membuat pengakuan bersalah selepas tiga pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Priscilla Hemamalini Nadarajan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh secara curang menggunakan dokumen palsu atas nama syarikat Zaifol Azri Abu Seman bagi membuat tiga tuntutan berjumlah RM29,500 bagi kerja baik pulih rumah penduduk yang rosak akibat bencana di kawasan Parlimen Merbok.
Tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan itu di pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Merbok pada 20 Januari 2020.
Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zahariman Keman, Muhamad Taufik Awaludin dan Mohd Yasri Yahya, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mohamad Khalid dalam rayuannya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman minimum berikutan kes ini adalah kesalahan pertamanya dan dia kini hanya bekerja sebagai penjaga stor dengan pendapatan RM2,500 sebulan.
Selain itu, tertuduh juga terpaksa menanggung ibu berusia 74 tahun dan tiga anak saudara yang kematian bapa.
Bagaimanapun, pihak pendakwaan meminta hukuman maksimum dikenakan berikutan kes terbabit membabitkan kepentingan awam dan bantuan kepada rakyat yang terjejas akibat bencana ribut.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM15,000 atau penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda bagi setiap pertuduhan berkenaan.
Topic Berkaitan
#pegawai khas
#Ahli Parlimen Merbok
#tuntutan palsu
#Mohamad Khalid Abdul Hamid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan