awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pegawai Imigresen didakwa 17 pertuduhan rasuah

Astro Awani
Astro Awani
16/12/2020
09:15 MYT
Bekas pegawai Imigresen didakwa 17 pertuduhan rasuah
Bekas pegawai Imigresen, Mohd Khairil Kamaruddin, 29, (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini, atas 17 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM63,430 dari 2018 hingga 2020. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM:Seorang bekas pegawai Imigresen didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam di sini hari ini atas lapan pertuduhan termasuk empat pertuduhan pilihan berkaitan rasuah bernilai RM7,120 berhubung perakuan cap pasport keluar dan masuk warga asing antara 2018 dan 2019.
Tertuduh, Baliyan Mohd Bhanudin, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rozilah Salleh selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut empat pertuduhan asal, Baliyan yang bertugas di Jabatan Imigresen, Bangunan Sultan Iskandar, Johor Darul Takzim didakwa telah memperoleh wang daripada dua individu masing-masing berusia 29 dan 44 tahun dengan nilai keseluruhan RM7,120 tanpa sebarang balasan.
Pegawai Imigresen gred 19 itu didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Bagi pertuduhan pilihan pula, bapa kepada tiga anak itu didakwa telah diberikan suapan dengan jumlah dan individu sama bagi mendapatkan perakuan cap keluar dan masuk pada pasport warga asing tanpa perlu keluar daripada Malaysia.
Tertuduh didapati telah melanggar peruntukan Seksyen 2 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 untuk menggalakkan integriti dan kebertanggungjawaban pentadbiran sektor awam serta gagal melaporkan kesalahan penyogokan kepada SPRM.
Baliyan didakwa mengikut Seksyen 25 (2) Akta SPRM yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan pilihan, jika sabit kesalahan.
Tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan itu di sebuah bank di Jalan Singa C 20/C, Seksyen 20 di sini secara berperingkat antara September 2018 hingga Jun 2019.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Fadhli Ab Wahab menawarkan jaminan RM80,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan.
Baliyan yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dikurangkan berikutan perlu menanggung isteri dan tiga anak selain ibu yang mempunyai penyakit kencing manis.
Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM50,000 bagi kesemua pertuduhan dan membenarkan syarat tambahan pendakwaan dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 18 Januari hadapan.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Mahkamah Sesyen
#cap pasport keluar dan masuk
#Baliyan Mohd Bhanudin
#dituduh rasuah
#Mahkamah Sesyen Shah Alam
#pegawai imigresen didakwa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan