Skip to main content

Malaysia

Bekas pegawai kesihatan daerah, penolong akauntan bakal didakwa esok

51575882774_TBPRESSSPRM.jpg
Seorang bekas Pegawai Kesihatan Daerah dan Penolong Akauntan bakal didakwa atas tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Rasuah 1, Johor Bahru, Johor.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan pihaknya bakal melakukan pendakwaan ke atas tertuduh Pegawai Kesihatan Daerah Ledang, Dr Zaharah Mohd Salleh dan Penolong Akauntan, Noor Shazriena Miskam esok.

Kedua-dua individu tersebut masing-masing bakal menghadapi 49 pertuduhan mengikut Akta SPRM 2009.

Kesemua maklumat berkaitan kes ini akan dimaklumkan pada Ahad selepas pertuduhan tersebut dibacakan.

Advertisement

Must Watch Video