Seorang bekas pekerja kedai tayar yang menikam bekas tunangnya yang bakal berkahwin sehingga maut menerima pembalasan apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atasnya.
Pesuruhjaya Kehakiman Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas berpuas hati pembelaan tertuduh, Muhammad Irshaduddin Khalis Nasurudin, 25, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain.
Tertuduh didakwa membunuh Nursyafikah Ahmad Ismail, 22, di tempat letak motosikal Pasaraya Econsave, Jalan Mersing, Kluang dekat sini, antara 5.40 hingga 5.45 petang, pada 10 April 2015 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Menurut fakta kes, mangsa pada waktu kejadian yang bekerja di pasaraya itu didatangi tertuduh ketika waktu rehat dan diajak keluar untuk berjumpa.
Berlaku pertengkaran antara kedua-dua mereka sebelum tertuduh menghempas kepala mangsa di motosikal berdekatan dan kemudiannya menikam mangsa pada bahagian kiri badannya.
Dalam penghakimannya, Muhammad Jamil berkata mahkamah berpuas hati dengan laporan psikiatri Hospital Permai yang menyatakan mental tertuduh stabil serta layak dibicarakan dan memberi pengakuan selain mitigasi pihak pembelaan dan hujahan pendakwaan terhadap lelaki itu.
Beliau berkata ketika memberi keterangan, Muhammad Irshaduddin Khalis mengaku menikam Nursyafikah dan tiada keraguan telah menyebabkan cedera ke atas wanita itu serta telah dibuktikan bahawa tertuduh sememangnya mempunyai niat untuk membunuh mangsa.
Sehubungan itu, katanya berdasarkan keterangan kesemua saksi dan fakta, beliau mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tidak melampaui keraguan munasabah dan tertuduh didapati bersalah serta disabitkan dengan kesalahan membunuh.
"Hanya satu hukuman yang diperuntukkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu tertuduh dijatuhi hukuman gantung sehingga mati," katanya.
Seramai 24 saksi pihak pendakwaan dan tiga saksi pihak pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes, manakala tertuduh diwakili peguam Nur Afiqah Hambali.
Terdahulu, ketika mahkamah berhenti rehat seketika, tertuduh dengan tenang sempat berdiri di dalam kandang tertuduh sambil memohon maaf kepada keluarga bekas tunangnya termasuk ibu Nursyafikah yang turut hadir di galeri awam mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 07 2017
Muhammad Irshaduddin Khalis Nasurudin, 23, didakwa di Mahkamah Majistret Kluang pada 20 April, atas tuduhan membunuh bekas tunangnya Nursyafikah Ahmad Ismail. - Foto Bernama
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Mahkamah Persekutuan kekalkan hukuman mati ke atas lelaki bunuh bekas tunang
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati ke atas seorang ahli perniagaan yang membunuh bekas tunangnya sebelum membuang mayat wanita itu ke dalam sebatang sungai tujuh tahun lepas.
Bakar tunang gara-gara cemburu buta
Seorang wanita Ukraine maut akibat dibakar tunang yang menuduhnya curang dengan lelaki lain.
Dek angau teman wanita baharu, lelaki pakat bunuh tunang sendiri
Ronnachai yang dijadual berkahwin dengan Nontiya semalam telah berkali-kali memujuk tunangnya untuk membatalkan majlis perkahwinan kerana dia kini sudah ada teman baharu, Naruemon.