MALAYSIA
Bekas pekerja kontrak didenda RM26,000 sembunyi wang pelaburan kripto tidak wujud
Hakim menjatuhkan hukuman denda RM14,000 atau 12 bulan penjara terhadap Mah Wai Chun, 22, kerana menyembunyikan wang berjumlah RM225,500 milik seorang individu yang dimasukkan ke dalam akaun bank milik tertuduh. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang bekas pekerja kontrak didenda RM26,000 oleh dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyembunyikan wang berjumlah RM365,500 melibatkan pelaburan mata wang kripto tidak wujud, Januari lepas.
Hakim Azrul Darus menjatuhkan hukuman denda RM14,000 atau 12 bulan penjara terhadap Mah Wai Chun, 22, kerana menyembunyikan wang berjumlah RM225,500 milik seorang individu yang dimasukkan ke dalam akaun bank milik tertuduh di sebuah kondominium di Mont Kiara, dekat sini, pada 7 Jan lepas.
Mah dituduh mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Sementara itu, Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman denda RM12,000 atau empat bulan penjara terhadap Mah atas dakwaan menolong menyembunyikan wang RM140,000 milik seorang lagi individu yang dimasukkan ke akaun syarikat MWC Max Crest Builders Sdn Bhd yang didaftarkan atas nama tertuduh.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah kondominium di Bukit Pantai Bangsar, di sini antara 6 dan 13 Jan lepas, mengikut seksyen sama.
Timbalan Pendakwa Raya M. Saravanan dan Batrisyia Mohd Khusri memohon hukuman setimpal mengambil kira faktor kepentingan awam dan kekerapan kesalahan dilakukan manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda ringan atas alasan kini hanya bapanya bekerja dan menanggung dua adik yang masih bersekolah.
Mengikut fakta kes, seorang daripada mangsa membuat laporan polis kerana ditipu dalam urusan pelaburan wang kripto dan mangsa memasukkan wang ke dalam sebuah akaun bank yang selepas siasatan, didapati milik tertuduh.
-- BERNAMA