awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
PM Ireland gesa EU kenakan sekatan terhadap peneroka haram Israel, menteri sayap kanan
SUKAN
Cristiano Ronaldo bakal tandatangani kontrak baharu 2 tahun bersama Al Nassr
MALAYSIA
Kajian MaCoS jadi input penting rangka negara bebas rasuah - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Bekas pekerja stesen TV berdepan 743 pertuduhan diarah dirujuk ke Hospital Bahagia

Bernama
Bernama
26/06/2025
09:45 MYT
Sponsor Banner
Bekas pekerja stesen TV berdepan 743 pertuduhan diarah dirujuk ke Hospital Bahagia
Pada prosiding hari ini, mahkamah mengambil masa hampir dua jam untuk membacakan 132 daripada 743 pertuduhan terhadap Nora Idayu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan bekas kakitangan sebuah stesen televisyen berbayar yang berdepan 743 pertuduhan mengubah suai sistem pangkalan data syarikat itu, untuk menjalani pemerhatian selama sebulan di Hospital Bahagia Tanjong Rambutan, Ulu Kinta, Perak.

Ringkasan AI
  • Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Nora Idayu Jaafar, bekas kakitangan stesen TV berbayar, menjalani pemerhatian psikiatri selama sebulan di Hospital Bahagia Tanjong Rambutan selepas disyaki mengalami PTSD.
  • Nora Idayu berdepan 743 pertuduhan mengubah suai sistem pangkalan data syarikat dengan menukar akaun pelanggan kepada akaun korporat tanpa kebenaran, didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997.
  • Mahkamah menetapkan 29 Julai untuk sebutan semula kes dan tertuduh perlu hadir ke hospital pada 30 Jun; jaminan RM10,000 dengan syarat tambahan termasuk penyerahan pasport dan laporan bulanan di balai polis.

Hakim Norma Ismail membuat keputusan itu selepas peguam Daniel Annamalai mewakili Nora Idayu Jaafar, 48, memaklumkan anak guamnya mendapat surat rujukan daripada sebuah klinik pada 6 Jun lepas meminta tertuduh mendapatkan pernilaian psikiatri kerana disyaki mengalami gangguan tekanan selepas trauma (PTSD).
"Dengan ini tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia untuk pemerhatian selama satu bulan. Memandangkan tertuduh dalam jaminan, tertuduh perlu ke hospital berkenaan pada 30 Jun ini," kata Norma dan menetapkan 29 Julai ini untuk sebutan kes.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Abd Rahman berkata pihak pendakwaan baru sahaja dimaklumkan perkara tersebut dan memohon mahkamah sama ada terdapat keperluan merujuk tertuduh untuk pemeriksaan dan penilaian tahap mental.
Pada prosiding hari ini, mahkamah mengambil masa hampir dua jam untuk membacakan 132 daripada 743 pertuduhan terhadap Nora Idayu.
Sebelum ini mahkamah hanya sempat mendengar 30 pertuduhan susulan wanita itu pengsan ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya pada 4 Jun lepas.
Mengikut pertuduhan, Nora Idayu yang bertugas di Unit Sokongan Komersial didakwa melakukan pengubahsuaian data dengan menukar akaun pelanggan biasa kepada akaun korporat tanpa kebenaran yang mana beliau mengetahui perbuatan itu akan menyebabkan perubahan kandungan pangkalan data tanpa kuasa.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Astro, Menara Icon, Jalan Tun Razak di sini pada 2014 mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tujuh tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 4 Jun lepas, Nora Idayu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen sama atas 30 pertuduhan serupa itu.
Dalam prosiding sebelum ini, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai serta melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kakitangan stesen TV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami