awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pemain bola sepak kebangsaan Robert Choe meninggal dunia

Bernama
Bernama
21/01/2025
09:24 MYT
Bekas pemain bola sepak kebangsaan Robert Choe meninggal dunia
Pemergian legenda bola sepak negara, Robert Choe merupakan satu kehilangan besar buat dunia sukan tanah air.- FB FAM
MELAKA: Bekas pemain bola sepak kebangsaan era 1950-an dan 1960-an, Robert Choe Kim Chwee meninggal dunia kira-kira 2 pagi tadi di Hospital Melaka pada usia 85 tahun.
Persatuan Bola Sepak Melaka (Melaka FA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemergian legenda bola sepak negara itu merupakan satu kehilangan besar buat dunia sukan tanah air.
"Salam takziah kepada keluarga mendiang Robert Choe dan sumbangannya dalam sukan ini tidak akan dilupakan," menurut kenyataan itu.
Sebagai penyerang utama skuad negara ketika itu, beliau digeruni pihak lawan kerana kehebatannya menjaringkan gol 'bicycle kick', tandukan dan kelincahan beraksi meskipun bertubuh kecil.
Zaman kegemilangan mendiang bersama pasukan kebangsaan diwarnai kemenangan Pestabola Merdeka tiga kali berturut-turut iaitu pada 1958, 1959 dan 1960 selain merangkul pingat gangsa di Sukan Asia 1962.
Beliau bersara sebagai pemain pada 1966 selepas Sukan Asia kelima yang menjadi kejohanan terakhirnya sebelum menceburi bidang kejurulatihan termasuk pernah memegang peranan sebagai ketua jurulatih pasukan Melaka.
Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim menyampaikan salam takziah kepada keluarga mendiang menerusi laman Facebooknya.
"Pada 2023, saya bersama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) berkesempatan menziarahi beliau di kediamannya di Ujong Pasir untuk bertanya khabar dan menyampaikan sedikit sumbangan.
"Pemergian ini adalah satu kehilangan besar buat dunia sukan tanah air dan semoga keluarga mendiang diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini...terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#legenda bola sepak kebangsaan
#Robert Choe
#meninggal dunia
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan