awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pembantu akauntan dipenjara lima tahun kerana pecah amanah

Bernama
Bernama
10/06/2024
12:15 MYT
Bekas pembantu akauntan dipenjara lima tahun kerana pecah amanah
Hakim Nik Habri Muhamad membuat keputusan tersebut terhadap Muhammad Khairi Ismail, 31, setelah dia mengaku bersalah atas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Seorang bekas pembantu akauntan sebuah syarikat pelancongan dan pakej umrah dihukum penjara lima tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 11 kesalahan pecah amanah wang majikannya berjumlah RM149,000, dua tahun lepas.
Hakim Nik Habri Muhamad membuat keputusan tersebut terhadap Muhammad Khairi Ismail, 31, setelah dia mengaku bersalah atas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Beliau mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 25 Jan 2023 dan hukuman bagi setiap petrtuduhan berjalan serentak.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut melibatkan wang syarikat Al Quds Umrah dan Tours (M) Sdn Bhd di premis syarikat itu di Wisma Al Quds, Jalan Sultan Yahya Petra di sini antara 29 Sept 2022 hingga 25 Jan 2023.
Kesemua kesalahan itu dilakukan dengan memindahkan wang yang diamanahkan dari akaun bank syarikat iaitu MBSB Bank ke akaun Maybank miliknya bagi kegunaan sendiri.
Muhammad Khairi didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan (Akta 574), sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang setahun dan maksimun 14 tahun dan sebat serta denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad dan tertuduh diwakili peguam Norizaidah Abdul Salam.
Ketika rayuan, Norizaidah memohon supaya hukuman ringan dijatuhkan ke atas anak guamnya memandangkan tertuduh bersama abang sulungnya perlu menanggung empat adik-beradik yang masih belajar dan ibu bapa yang mengalami sakit tua.
Nik Habri menasihatkan tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan sama pada masa lain dan mengingatkannya agar insaf atas perbuatan yang dilakukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas pembantu akauntan
#penjara
#pecah amanah
#Muhammad Khairi Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan