Bekas pemimpin Melayu di dalam DAP yang juga antara pengasas parti itu, Zulkifli Mohd Noor, meninggal dunia pagi tadi akibat masalah jantung.
Beliau berusia 71 tahun.
Allahyarham menghembus nafas terakhir pada pukul 1 pagi ketika sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Sungai Petani, Kedah selepas dimasukkan ke hospital semalam.
Zulkifli antara tokoh Melayu terkenal di dalam DAP dan pernah memegang jawatan Naib Presiden Kebangsaan DAP.
Bagaimanapun, beliau bertindak keluar parti itu selepas 26 tahun menjadi ahli DAP berikutan kecewa dengan pemilihan parti tersebut pada 2013 yang disifatkannya penuh kontroversi.
Setahun kemudian, Zulkifli bersama seorang lagi bekas ahli DAP, Rahmad Isahak menubuhkan Parti Alternatif Rakyat (PAP).
Namun, beliau yang memegang jawatan Presiden bersama Rahmad bertindak keluar daripada PAP pada Februari lalu akibat krisis dalaman parti tersebut sebelum Zulkifli mengambil keputusan bersara dalam politik.
Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke rumahnya di Taman Sahabat, Jalan Gertak Sanggul, Bayan Lepas dan dikebumikan hari ini.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga anak – dua lelaki dan seorang perempuan.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Jan 28 2019
Allahyarham Zulkifli adalah satu-satunya ahli DAP berbangsa Melayu yang dipilih perwakilan sebagai Naib Pengerusi parti itu. - BERNAMA
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Bekas pemimpin DAP, Zulkifli Mohd Noor meninggal dunia
Zulkifli Mohd Noor, yang merupakan antara pengasas DAP, meninggal dunia pada pukul 1 pagi tadi akibat sakit jantung.
PRU14: PAP umum tanding satu kerusi Parlimen dan 6 DUN di NS
Kesemua calon adalah muka baharu kecuali Vijaiyan yang sebelum ini pernah bertanding pada PRU13 sebagai calon Bebas di DUN Bukit Kepayang.
Hadapi pertuduhan rasuah, Guan Eng tidak sepatutnya bertanding CEC - PAP
Atas dasar integriti dan maruah, dia seharusnya mengecualikan dirinya sebagai calon pada CEC dijadual November ini walaupun senarai calon terbabit berasaskan pada pemilihan Disember 2012.
ROS sepatutnya batalkan pendaftaran DAP - PAP
Presiden PAP Zulkifli Mohd Noor berkata, pembatalan itu perlu sebagai satu hukuman kepada parti itu yang didakwa telah melakukan banyak kesalahan dalam tempoh empat tahun.