awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pengarah eksekutif agensi Pulau Pinang direman, rasuah pembelian pedati emas

Bernama
Bernama
05/12/2024
11:50 MYT
Bekas pengarah eksekutif agensi Pulau Pinang direman, rasuah pembelian pedati emas
Menurut sumber, suspek lelaki yang bergelar 'datuk' dan berusia lingkungan 70-an itu dipercayai melakukan perbuatan berkenaan sekitar 2019. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang mereman bekas pengarah eksekutif sebuah agensi melibatkan institusi keagamaan di negeri ini kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan RM300,000 melibatkan pembelian pedati emas.
Perintah reman selama enam hari hingga 10 Dis ini dikeluarkan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret George Town, hari ini.
Menurut sumber, suspek lelaki yang bergelar 'datuk' dan berusia lingkungan 70-an itu dipercayai melakukan perbuatan berkenaan sekitar 2019.
Difahamkan siasatan awal mendapati suspek sebelum ini bersama bekas Timbalan Ketua Menteri terdahulu merangkap bekas Pengerusi agensi yang sama, telah memperoleh lebih RM300,000 daripada akaun peruntukan khas agensi terbabit untuk diri mereka sendiri.
"Wang berkenaan membabitkan pembelian pedati emas daripada sebuah syarikat di luar negara yang mana kedua-duanya mempunyai kepentingan di syarikat itu selain bekas Timbalan Ketua Menteri berkenaan juga dipercayai turut menyalahgunakan kedudukan dengan meluluskan pemberian bantuan perubatan pada 2020 sebanyak RM50,000 kepada individu yang dipercayai sekutunya," menurut sumber.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan bekas pegawai khas tersebut.
Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan kedua-dua individu itu kini dihalang keluar negara sehingga siasatan selesai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas pengarah eksekutif
#SPRM
#pulau pinang
#Rasuah
#pedati emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan