awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pengarah eksekutif bersama tiga individu direman tuntutan palsu RM2.5 juta

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
14/05/2025
10:35 MYT
Bekas pengarah eksekutif bersama tiga individu direman tuntutan palsu RM2.5 juta
Perintah reman selama lima hari sehingga 18 Mei dikeluarkan terhadap suspek yang berusia antara 30-an hingga 40-an.
PUTRAJAYA: Tiga individu termasuk seorang bekas pengarah eksekutif syarikat ditahan kerana disyaki bersubahat menggunakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi tujuan tuntutan berjumlah kira-kira RM2.5 juta.

Ringkasan AI
  • Tiga individu termasuk seorang bekas pengarah eksekutif syarikat ditahan kerana disyaki bersubahat menggunakan dokumen palsu untuk tuntutan berjumlah kira-kira RM2.5 juta.
  • Perintah reman selama lima hari sehingga 18 Mei dikeluarkan terhadap suspek yang berusia antara 30-an hingga 40-an.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009, melibatkan tuntutan bayaran balik dan bonus antara tahun 2022 hingga 2024.

Perintah reman selama lima hari sehingga 18 Mei itu dikeluarkan Majistret Mohd Dinie Shazwan Ab Shukor terhadap seorang lelaki dan dua wanita berusia antara 30-an hingga 40-an itu, selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Sesyen Putrajaya pada pagi Khamis.
Menurut sumber, ketiga-tiga suspek ditahan antara jam 4 petang hingga 7 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
"Kesalahan dipercayai dilakukan antara tahun 2022 hingga 2024 membabitkan tuntutan bayaran balik serta bayaran bonus melibatkan jumlah sekitar RM2.5 juta," kata sumber.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, Norhaizam Muhammad ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#SPRM
#tuntutan palsu
#Pengarah Eksekutif
#bonus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan