Bekas Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Kelantan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan meluluskan borang permohonan kertas kerja palsu berjumlah lebih RM15,000 tahun lalu.
Tertuduh, Anuar Mat Zin, 46 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.
Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai Pengarah Kemas Negeri Kelantan didakwa meluluskan borang permohonan dan justifikasi yang mengandungi butiran palsu.
Tertuduh didakwa memalsukan kertas kerja Bengkel Penyelarasan Desa Harapan Kemas Kelantan 2019 berjumlah RM15,450 yang akan dilaksanakan selama tiga hari bermula 24 hingga 26 Julai, 2019 di sebuah hotel di Gua Musang.
Anuar didakwa dengan niat memperdayakan Ketua Pengarah Kemas sedangkan bengkel tersebut dijalankan selama sehari iaitu pada 25 Julai.
Kesalahan didakwa dilakukan di Pejabat Pengarah Kemas, Wisma Persekutuan Kota Bharu, di sini, pada bulan Julai tahun lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan, atau RM10,000, mana lebih tinggi.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nor Hamizah Ghazali manakala tertuduh diwakili Shahidah Muslimah Roslan.
Tertuduh dibenarkan ikat jamin berjumlah RM7,000 selain diarah menyerah pasport kepada mahkamah dan melapor diri setiap bulan di pejabat SPRM terdekat.
Mahkamah menetapkan 7 Oktober depan untuk sebutan semula kes.
Muhafandi Muhamad
Mon Sep 07 2020
Anuar didakwa dengan niat memperdayakan Ketua Pengarah Kemas sedangkan bengkel tersebut dijalankan selama sehari iaitu pada 25 Julai. - Astro AWANI
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
3 maut dalam kebakaran di Palembang, Indonesia
Mangsa yang maut termasuk dua penghuni sebuah rumah serta seorang pekerja bengkel yang identitinya masih belum disahkan.
Tiga kedai sederet termasuk bengkel musnah terbakar di Teluk Intan
Bengkel motosikal kelas C terbakar sebanyak 90 peratus dan melibatkan anggaran 50 buah motosikal.
Miliki 12 motosikal klasik, Chua sanggup berhabis wang demi minat
Jim Kheng kini memiliki 12 motosikal klasik pelbagai jenis, antaranya jenama BSA, Ariel, Norton, Honda dan Matchless serta Harley Davidson.
Sebuah rumah, bengkel dan tujuh kenderaan musnah dijilat api
Tiada kemalangan jiwa, manakala, kebakaran rumah itu dianggarkan 90 peratus sementara kemusnahan bengkel pula 80 peratus.
Mangsa tembak ada rekod dadah, jenayah
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa berusia 38 tahun itu merupakan seorang peniaga.
Volkswagen, Mercedes musnah dalam kebakaran bengkel
Kereta yang musnah adalah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Serena, sebuah Mercedes dan Volkswagen.
Tiga kereta mewah dianggar bernilai RM940,000 dicuri
Tiga kenderaan mewah dianggarkan bernilai kira-kira RM940,000 dilarikan daripada sebuah bengkel di Jalan Damansara, Kampung Bukit Lanjan.
21 bengkel disyaki ubah suai motosikal bagi tujuan merempit dikenal pasti
JPJ negeri turut mengeluarkan notis kepada pemilik bengkel tersebut kerana kesalahan melakukan pengubahsuaian motosikal.
Kereta, motosikal milik PDRM musnah bengkel IPK Kedah terbakar
Siasatan kini masih dilakukan Bahagian Unit Forensik JBPM untuk mengetahui punca kejadian.
Semak harga dulu sebelum setuju baiki kereta terjejas banjir di bengkel
Isu penipuan dan tindakan 'mencekik darah' oleh pemilik bengkel tular di media sosial ekoran beberapa invois daripada beberapa bengkel mencecah puluhan ribu.