MALAYSIA
Bekas pengarah syarikat umrah mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan salah guna harta

Zulkarnain membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di dua mahkamah di sini, hari ini. - Foto Bernama
KLANG: Seorang bekas pengarah syarikat pengendali umrah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menyalahgunakan harta berjumlah RM48,960.20 dua tahun lepas.
Ringkasan AI
- Bekas pengarah syarikat umrah, Datuk Zulkarnain Endut, didakwa atas dua pertuduhan menyalahgunakan harta bernilai RM48,960.20, melibatkan pakej umrah dan wang milik individu lain.
- Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM8,500, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 403 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara, sebatan dan denda.
- Tertuduh juga berdepan kes sivil dan pertuduhan lain di beberapa negeri, dengan akaun peribadi dan syarikat telah disita serta dibekukan.
Sementara itu, bagi pertuduhan kedua di hadapan Nor Azilah, Zulkarnain didakwa menyalahgunakan wang tunai RM21,000 milik seorang lelaki bagi pakej umrah melalui Emraz Travel and Tours Sdn Bhd yang gagal dilaksanakan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan bersama seorang lagi individu yang masih bebas di Bandar Sultan Suleiman, Klang antara 23 Februari hingga 29 Mac 2023.
Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, manakala pertuduhan kedua turut dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Salman Alfarisi Nawawi dan Ahmad Sulfie Abu Hassan, yang masing-masing mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM10,000 dan RM15,000.
Peguam Muhammad Nur Aiman Mohd Lazim yang mewakili tertuduh, memohon agar mahkamah mempertimbangkan jaminan minimum kerana anak guamnya merupakan penanggung tunggal keluarga, selain akaun peribadi telah disita manakala akaun syarikatnya dibekukan.
"Untuk makluman mahkamah, tertuduh juga sedang berdepan beberapa kes saman sivil di Perak dan Negeri Sembilan, malah baru sahaja didakwa atas kes lain di Sabah dua hari lepas," katanya.
Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM8,500, iaitu RM2,500 bagi pertuduhan pertama dan RM6,000 bagi pertuduhan kedua. Sebutan semula kes ditetapkan pada 24 Sept depan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami