[TERKINI] AS Turunkan Tarif ke 19% Terhadap Malaysia – Semak Laporan Penuh Di Sini
MALAYSIA

Bekas pengarah urusan syarikat didakwa guna kedudukan lantik suami sebagai penasihat

Bernama 31/07/2025 | 07:07 MYT
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Sept ini untuk sebutan kes. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah urusan syarikat minyak dan gas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi melantik suaminya dalam syarikat tersebut tanpa persetujuan.


Ringkasan AI
  • Bekas pengarah urusan syarikat minyak dan gas didakwa atas tuduhan menyalahgunakan kedudukan dengan melantik suaminya tanpa persetujuan syarikat, mengikut Seksyen 218(1)(d) Akta Syarikat 2016.
  • Tertuduh mohon pengurangan jaminan atas alasan tanggungan keluarga; mahkamah menetapkan jaminan RM20,000 dan sebutan kes pada 3 September.
  • Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda maksimum RM3 juta, atau kedua-duanya.


Wanita itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di syarikatnya di Jalan Sentral, Brickfields antara 27 Jan 2021 dan 28 Julai 2023 mengikut Seksyen 218(1)(d) Akta Syarikat 2016 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 218(2) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Shakila Mohd Shariff mencadangkan jaminan RM30,000 berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Peguam A.Narainasami yang mewakili tertuduh memohon supaya jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya menanggung lima anak yang masih bersekolah dan seorang ibu yang uzur.

Hakim Hamidah Mohamed Deril membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Sept ini untuk sebutan kes.

-- BERNAMA




#bekas pengarah urusan syarikat #lantik suami #guna kedudukan #mengaku tidak bersalah #syarikat minyak dan gas