awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pengasuh mengaku tidak bersalah cuai jaga bayi

Bernama
Bernama
08/02/2021
08:29 MYT
Bekas pengasuh mengaku tidak bersalah cuai jaga bayi
Mahkamah menetapkan 1 Mac ini untuk sebutan semula kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Seorang bekas pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan cuai ketika menjaga seorang bayi perempuan berusia 10 bulan sehingga menyebabkan paru-paru kanak-kanak itu dimasuki air, tahun lepas.
Bagaimanapun, Leong Mooi Yin, 54, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mahyun Talib.
Wanita itu didakwa melakukan kecuaian ke atas bayi berkenaan sehingga menyebabkan kecederaan di dalam bilik air sebuah rumah di Cheras dekat sini, pada 5.30 petang, 27 Feb tahun lepas.
Mangsa, kini berumur setahun 10 bulan.
Pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Selepas dimandikan, bayi itu difahamkan mengalami masalah penafasan kerana air telah memasuki paru-parunya.
Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jafri tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu amat serius namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah atas alasan dia kini tidak lagi bekerja dan suaminya hanya bekerja sebagai tukang kayu.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan dia perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali dan dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 1 Mac ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengasuh cuai
#Leong Mooi Yin
#masalah penafasan
#dera bayi
#pengasuh didakwa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan