awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pengurus GLC ditahan lagi bantu siasatan kes salah guna kuasa

Bernama
Bernama
10/01/2022
13:52 MYT
Bekas pengurus GLC ditahan lagi bantu siasatan kes salah guna kuasa
Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. - Gambar hiasan/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Seorang bekas pengurus sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) sekali lagi ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa melibatkan pemberian projek-projek kepada dua anaknya bernilai lebih RM50,000.
Menurut sumber, lelaki berumur 61 tahun yang sepatutnya dibebaskan daripada tahanan reman hari ini, ditahan semula di pejabat SPRM Johor bersama dua anak lelakinya masing-masing berumur 28 dan 34 tahun antara pukul 4 hingga 4.30 petang tadi selepas hadir memberikan keterangan.
Difahamkan, sekitar Disember tahun lepas, lelaki berkenaan yang sebelum ini bertugas sebagai pengurus GLC di Segamat, telah memberikan beberapa kerja kepada dua anaknya yang memiliki syarikat sendiri.
Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Kesemua lelaki berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru esok, bagi permohonan reman.
Pada 5 Jan lepas, bekas pengurus syarikat GLC berkenaan bersama seorang pengurus syarikat lain, ditahan untuk membantu siasatan berkenaan kes rasuah melibatkan nilai kira-kira RM500,000, tiga tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas pengurus GLC
#syarikat milik kerajaan
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#SPRM
#salah guna kuasa
#SPRM Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan