awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Pengurus Kanan MAHB mengaku tidak bersalah kes pecah amanah

Astro Awani
Astro Awani
05/05/2017
04:34 MYT
Bekas Pengurus Kanan MAHB mengaku tidak bersalah kes pecah amanah
Bekas Pengurus Besar Kanan MAHB mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. - Gambar SPRM
Bekas Pengurus Besar Kanan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan pecah amanah melibatkan penggunaan wang berjumlah RM43,698.55.
SPRM dalam satu kenyataan menyatakan, tertuduh, Md. Shamsuri Md. Isa, 41, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan terhadapnya mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca di hadapan Hakim Azura Alwi.
Mengikut pertuduhan tersebut, Md. Shamsuri didakwa telah melakukan pecah amanah terhadap kemudahan rawatan tiada had nilai bagi melakukan pembedahan Laparoscopic Sleeve Gastractomy yang tidak ditanggung oleh MAHB.
TONTON: Bekas Pengurus Besar Kanan MAHB didakwa kemuka tuntutan palsu
BACA: Bekas pengurus MAHB didakwa kemuka tuntutan palsu untuk rawatan kecantikan
Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Prince Court Medical Centre pada 19 Disember 2015.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak kurang dua tahun hingga 20 tahun dan sebat serta denda.
Hakim Azura membenarkan Md. Shamsuri diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah telah menetapkan 29 Mei 2017 sebagai tarikh sebutan semula kes.
Bagi pihak SPRM, kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya S.Thangavelu.
Pada Khamis, Md. Shamsuri didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam dengan empat pertuduhan atas dakwaan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM18,580 untuk rawatan kecantikan.
Topic Berkaitan
#MAHB
#Mahkamah Sesyen
#Rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan