KUALA LUMPUR: Bekas penjaga gol skuad kebangsaan pada Piala Asia 1976 dan 1980, Abdul Hamid Ramli meninggal dunia akibat komplikasi jantung awal pagi ini.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi kenyataan di Facebook mengesahkan, Allahyarham menghembus nafas terakhir pada usia 68 tahun, meninggalkan isterinya Fatimahwati Dahlan dan lapan anak.
"Salam takziah diucapkan kepada waris dan keluarga Allahyarham Abdul Hamid. Semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan rohnya dalam kalangan para solehin. Seangkatan dengan mendiang Datuk R. Arumugam, mendiang Ong Yu Tiang dan mendiang Peter Rajah, Abdul Hamid bersaing hebat untuk mengawal gawang negara.
"Asalnya dipanggil menyertai skuad kebangsaan oleh Allahyarham Jalil Che Din pada 1975, Abdul Hamid menembusi pintu skuad utama apabila dipilih menjadi penjaga gol kedua kepada Arumugam pada pusingan akhir Piala Asia di Iran pada 1976," menurut FAM.
Arwah mula menggalas tanggungjawab selaku penjaga gawang utama negara pada 1979 untuk membantu skuad Harimau Malaya layak ke pusingan akhir Piala Asia 1980 di Kuwait, menjuarai Pestabola Merdeka 1979 dan mengutip pingat emas Sukan SEA 1979.
Namun, atas sebab komitmen kerja, Abdul Hamid menarik diri daripada skuad pra-Olimpik 1980.
Di kancah liga domestik, Allahyarham menganggotai skuad Kelantan yang dibarisi nama-nama besar seperti Nik Fauzi Hassan, Mahadi Yussof, Kamaruddin Mohd Nor, Yassin Mohd Noor, Nik Salleh Nik Man dan Ramli Abdullah, menggantikan Awang Isa selaku penjaga gol utama Kelantan dari 1974 hingga berhijrah ke Sarawak pada 1985.
Abdul Hamid menemani mentornya yang juga bekas jurulatih negara, Mohamed Che Su menghabiskan dua musim di Kuching sebelum kembali ke Kelantan dan mengumumkan persaraannya.
Allahyarham kemudian meneruskan kerjaya selaku jurulatih penjaga gol bersama beberapa pasukan, termasuk Kelantan, Angkatan Tentera, KM Naza, Polis Diraja Malaysia dan Negeri Sembilan. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 05 2022

Allahyarham Abdul Hamid Ramli menghembus nafas terakhir pada usia 68 tahun akibat komplikasi jantung awal pagi ini. - Gambar SINAR HARIAN

DNA UMNO tetap perjuangkan Melayu, Islam, tidak akan kendur - Tok Mat
UMNO akan memperjuangkan Islam dan Melayu, dalam kerangka hubbul watan yang lebih sederhana, dan lebih menghargai kepelbagaian Malaysia.

Perlu ada perjanjian khusus bagi perolehan darurat KKM - Lukanisman
Ia bagi memastikan mereka tidak mengambil kesempatan dan menyediakan peralatan yang mengikut piawaian.

Meskipun dibantah, Jepun tetap teruskan rancangan untuk lepaskan sisa nuklear ke laut
Rancangan itu telah mencetuskan bantahan kedutaan China di Tokyo selain daripada komuniti nelayan tempatan dan negara jiran.

Isteri halang saya naiki pesawat ujian SAF - Abang Johari
Abang Johari berkata isterinya berusaha memujuk agar beliau tidak meneruskan hasrat untuk mengikuti penerbangan ujian pesawat Airbus itu.

UMNO harus terima, hidup dengan kenyataan tewas dahsyat dalam PRU15 - Mohamad
UMNO juga tidak boleh berlagak seolah-olah parti itu keramat dan sangat kukuh sedangkan ditolak oleh rakyat Malaysia.

Gadis buta ini peroleh 'Golden Buzzer', tawan hati juri America's Got Talent
"Impian saya ingin menjadi seorang diva seperti Whitney Houston dan memenangi anugerah Grammy."

Gempa bumi lemah di Semporna, Sabah
Gempa bumi lemah dengan magnitud 2.6 melanda Semporna, Sabah pada 7.39 malam tadi.

Fahmi Fadzil setuju jadi penaung KL City FC
Fahmi Fadzil bersetuju untuk menjadi penaung kelab KL City FC, selepas menerima tawaran itu daripada Presiden KLFA Khalid Abdul Samad, hari ini.

Bunuh warga emas, dua lelaki tempatan ditahan polis
Dua lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki warga emas dalam kejadian di kawasan semak di Jalan Song Ban Kheng, Bukit Mertajam, semalam.

Korban banjir di Haiti meningkat kepada 51 orang
Hujan lebat di Haiti menyebabkan sekurang-kurangnya 51 orang maut, 18 hilang manakala 140 lagi cedera, menurut Direktorat Perlindungan Awam pada Selasa.

Bekas penjaga gol kebangsaan era 70-an Abdul Hamid meninggal dunia
Allahyarham Abdul Hamid Ramli menghembus nafas terakhir pada usia 68 tahun akibat komplikasi jantung awal pagi ini.