awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
Ribuan menunggu pemindahan dari Gaza susulan pembukaan semula lintasan Rafah
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas penjaga jentera bebas tuduhan bunuh kenalan wanita

Bernama
Bernama
10/02/2017
04:46 MYT
Bekas penjaga jentera bebas tuduhan bunuh kenalan wanita
Mahkamah melepas dan membebaskan lelaki tersebut tanpa perlu dipanggil membela diri. - Gambar hiasan
Seorang bekas penjaga jentera terselamat daripada hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskannya daripada tuduhan membunuh seorang kenalan wanita yang mayatnya ditemukan rentung, lima tahun lepas.
Hakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim memutuskan sedemikian selepas berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap B. Vijendran, 38.
Sehubungan itu, mahkamah melepas dan membebaskan lelaki tersebut tanpa perlu dipanggil membela diri.
Seramai 19 saksi pendakwaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 18 Jan tahun lepas.
Vijendran didakwa membunuh P. Yogambika, 27, di kaki lima Tingkat 9, Blok B, Mesra Prima Apartment, Jalan Ikan Emas, Ampang Jaya dekat sini, kira-kira 10 malam pada 28 Jun 2012.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Vijendran diwakili peguam N. Sivananthan sementara Timbalan Pendakwa Raya Noor Husnita Mohd Radzi hadir bagi pihak pendakwaan.
Media sebelum ini melaporkan mangsa, seorang kerani bank, yang baru dua minggu mengikat tali pertunangan dijumpai dalam keadaan rentung selepas diserang dan dibakar di hadapan rumahnya di sebuah apartmen di Ampang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh kenalan wanita
#kes bunuh
#kes mahkamah
#Mahkamah Tinggi
#tuduhan bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan