awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas perunding unit amanah didenda RM687,500 kerana tipu pelabur - SC

Bernama
Bernama
01/08/2024
06:25 MYT
Bekas perunding unit amanah didenda RM687,500 kerana tipu pelabur - SC
SC menjelaskan keputusan itu telah berkuat kuasa pada 26 Jun, 2024.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenakan celaan serta denda sebanyak RM687,500 terhadap Amran Mohd Amin atas tiga pelanggaran undang-undang sekuriti.
SC menjelaskan keputusan itu telah berkuat kuasa pada 26 Jun, 2024.
Suruhanjaya itu mendapati Amran telah menyeleweng sebanyak RM215,000 daripada empat bakal pelabur dari Januari 2022 hingga Januari 2023 untuk tujuan pelaburan dalam dana unit amanah dengan Kenanga Investors Bhd (KIB).
"SC mendapati sebaliknya Amran telah memasukkan dana bakal pelabur tersebut ke dalam akaun pelaburan amanah sahamnya sendiri," jelas SC menerusi kenyataan pada Khamis.
Amran juga telah memberikan penyata akaun yang dipalsukan kepada dua daripada empat pelabur itu, memberikan gambaran palsu bahawa pelaburan atau pembelian unit amanah telah dibuat, sedangkan perkara itu tidak berlaku, tambah SC.
Menurut SC, Amran yang berkhidmat dengan KIB sebagai perunding unit amanah pada masa itu melakukan pelanggaran yang menyebabkan sekatan pentadbiran mengikut Seksyen 354(3) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).
Kesalahan itu melibatkan pelanggaran di bawah Seksyen 92A(2)(a) CMSA; Perenggan 5.02(b) Garis Panduan SC mengenai Kelakuan untuk Pengantara Pasaran Modal; serta Perenggan 4.1(a) Kod Etika Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia, tambah SC.
"Tindakan SC terhadap Amran dibuat selepas melalui proses yang sewajarnya terhadapnya termasuk peluang untuk beliau menjawab kepada SC mengenai pelanggaran tersebut serta keputusan SC.
"Amran tidak memfailkan sebarang semakan terhadap keputusan SC dalam tempoh masa yang ditetapkan di bawah CMSA," menurut SC.
SC menjelaskan celaan yang dikenakan kepada Amran adalah yang terbaru dalam tindakan penguatkuasaan pihaknya terhadap perunding unit amanah (UTC) kerana salah laku.
"Ia juga memberi peringatan tegas bahawa sebarang salah laku tidak akan diberi toleransi. SC memandang serius salah laku UTC dalam pasaran modal," jelas SC.
Menurut SC, sejak 2020 pihaknya telah mengambil tindakan pentadbiran terhadap sembilan individu kerana salah laku.
Tindakan itu termasuk ke atas kesalahan menerima wang tunai dan mempunyai wang yang dikreditkan ke dalam akaun bank peribadi mereka daripada pelabur untuk tujuan pelaburan dalam unit amanah, dan memberikan penyata yang mengandungi maklumat palsu atau mengelirukan kepada pelanggan.
"SC mengingatkan semua UTC untuk bertindak dengan jujur, berintegriti dan demi kepentingan terbaik pelanggan mereka, demi menjaga integriti pasaran modal," menurut suruhanjaya itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SC
#tipu pelabur
#ejen unit amanah
#Kenanga Investors Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan