awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pesakit COVID-19 tidak lagi kebal

Sinar Harian
Sinar Harian
15/04/2022
01:30 MYT
Bekas pesakit COVID-19 tidak lagi kebal
Kebanyakan mereka yang dijangkiti semula dalam tempoh tersebut hanya mengalami gejala sederhana dan hanya perlu isolasi sahaja. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Bekas pesakit COVID-19 tidak lagi ‘kebal’ dalam tempoh tiga bulan untuk dijangkiti virus tersebut.
Ini kerana, berdasarkan kajian yang dilakukan di Denmark, seramai 17 daripada 64 individu mengalami jangkitan semula dalam tempoh 20 hari.
Selain Denmark, jangkitan semula itu dikesan menjadi trend di dua negara lain iaitu United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS) pada masa ini.
Namun begitu, kebanyakan mereka yang dijangkiti semula dalam tempoh tersebut hanya mengalami gejala sederhana dan hanya perlu isolasi sahaja.
Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji kes jangkitan semula tersebut terutamanya terhadap golongan muda.
Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, setakat ini tiada vaksin yang mampu mencegah jangkitan semua COVID-19.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai trend jangkitan semula dalam tempoh singkat selepas jangkitan pertama yang sedang berlaku di negara ini.
Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, warga emas yang mempunyai komorbid berisiko tinggi ditawarkan untuk mendapatkan dos penggalak kedua.
BACA: Golongan 60 tahun ke atas dengan komorbiditi boleh dapat dos penggalak kedua - Khairy
Jelasnya, dos penggalak kedua itu boleh diberikan dengan selang masa sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan selepas tarikh dos penggalak pertama.
Tambah beliau, keputusan tersebut dibuat selepas Panel Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) meneliti kajian-kajian saintifik serta kajian kohort Malaysia yang menunjukkan bahawa individu berumur 60 tahun dan ke atas dengan komorbiditi seperti penyakit paru-paru, penyakit jantung, penyakit buah pinggang, penyakit hati dan diabetes berisiko lebih tinggi untuk mendapat gejala serius serta kematian akibat COVID-19.
Bagi mereka yang layak digalakkan untuk mengambil dos penggalak bagi meningkatkan lagi imuniti.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kebal
#jangkitan semula
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan