awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pesakit mental ditahan bantu siasatan kes pengawal keselamatan maut

Bernama
Bernama
03/01/2024
12:20 MYT
Bekas pesakit mental ditahan bantu siasatan kes pengawal keselamatan maut
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima panggilan pada 2.30 pagi daripada orang awam memaklumkan seorang lelaki dijumpai terbaring dengan kesan kecederaan di tepi pagar pusat perkhemahan terbabit. - BERNAMA
IPOH: Polis menahan seorang lelaki yang juga bekas pesakit mental bagi membantu siasatan kes seorang pengawal keselamatan yang ditemukan maut di sebuah tapak pusat perkhemahan Gunung Lang, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima panggilan pada 2.30 pagi daripada orang awam memaklumkan seorang lelaki dijumpai terbaring dengan kesan kecederaan di tepi pagar pusat perkhemahan terbabit.
"Mangsa yang berusia 41 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas ambulans Hospital Raja Permaisuri Bainun.
"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan penyakit jantung dengan kecederaan akibat objek tumpul dan tajam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Susulan itu, beliau berkata polis menahan lelaki berusia 31 tahun di Kampung Manjoi, tengah hari tadi dan semakan awal mendapati dia memiliki 10 rekod jenayah lampau termasuk narkotik.
"Lelaki itu pernah menerima rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak dan dia akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh esok untuk permohonan reman," katanya menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas pesakit mental
#ditahan
#bantu siasatan
#pengawal keselamatan
#Gunung Lang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan