awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas PM Itali Silvio Berlusconi disahkan hidap leukemia

Astro Awani
Astro Awani
06/04/2023
23:40 MYT
Bekas PM Itali Silvio Berlusconi disahkan hidap leukemia
Bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang kini dirawat di hospital disahkan menghidap leukemia. - Foto fail/REUTERS
MILAN: Bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang kini dirawat di hospital disahkan menghidap leukemia.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Dr Alberto Zangrillo dan Dr Fabio Ciceri dari Hospital San Raffaele di Milan pada Khamis, ahli politik berusia 86 tahun itu telah dikenal pasti menghidap penyakit itu untuk satu tempoh masa.
Kedua-dua doktor itu bagaimanapun, tidak memaklumkan bilakah penyakit itu dikesan.
Berlusconi dimasukkan ke hospital pada Rabu selepas menghadapi masalah pernafasan.
“Pada masa ini, Presiden Silvio Berlusconi ditempatkan di unit rawatan rapi bagi menjalani rawatan jangkitan paru-paru,” kata mereka sambil memberitahu penyakit yang dihidap Berlusconi ada kaitan dengan kanser.
Tiga daripada lima anak Berlusconi iaitu Marina, Luigi dan Pier Silvio dilihat berada di hospital pada Khamis selain sahabat karib dan rakan perniagaan pemimpin itu, Fedele Confalonieri juga menziarahinya.
“Kami sangat optimis (tahap kesihatan Berlusconi). Beliau kelihatan sangat baik hari ini berbanding semalam,” kata Confalonieri kepada pemberita.
Topic Berkaitan
#Silvio Berlusconi
#bekas PM Itali
#leukemia
#Hospital San Raffaele
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan