awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas polis peras ugut kenalan wanita didenda RM3,000

Bernama
Bernama
14/04/2017
13:40 MYT
Bekas polis peras ugut kenalan wanita didenda RM3,000
Gara-gara memeras ugut kenalan wanita kerana mahu menuntut hutangnya, seorang bekas anggota polis didenda RM3,000 atau empat bulan penjara.
Gara-gara memeras ugut kenalan wanita kerana mahu menuntut hutangnya, seorang bekas anggota polis didenda RM3,000 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu ke atas Zamzuri Ainul Musli, 48, selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan pemerasan dengan mengambil wang tunai RM1,000 daripada Lum Nyoi, 23, seorang pelayan bar warganegara Myanmar.
Zamzuri yang kini bekerja sebagai pemandu Grabcar didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kondominium di Jalan Tengkat Tong Shin di sini pada 4 pagi, 7 Ogos 2016 mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau kedua-duanya.
Ketika rayuan tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda minimum atas alasan dia penanggung utama keluarganya iaitu isteri, empat anak dan bapa yang sudah tua.
Tertuduh turut memberitahu dia menyesal dengan perbuatan agresifnya yang memeras ugut hanya kerana mahu mendapatkan semula duitnya daripada mangsa.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahyudin Mohmad Som
#peras ugut
#Zamzuri Ainul Musli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan