awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas presiden kelab basikal dilepas, dibebas tuduhan pecah amanah, salah guna wang

Bernama
Bernama
31/01/2024
09:15 MYT
Bekas presiden kelab basikal dilepas, dibebas tuduhan pecah amanah, salah guna wang
Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini melepas dan membebaskan bekas Presiden Kelab Berbasikal Darul Naim (DCC) daripada dua pertuduhan pecah amanah dan menyalahgunakan wang bantuan pembangunan sukan berbasikal berjumlah RM80,000. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas Presiden Kelab Berbasikal Darul Naim (DCC) daripada dua pertuduhan pecah amanah dan menyalahgunakan wang bantuan pembangunan sukan berbasikal berjumlah RM80,000.
Hakim Zaman Mohd Noor membuat keputusan itu terhadap Mohammad Yusri Ismail, 48, pada akhir kes pendakwaan, selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
"Pendakwaan tidak dapat membuktikan tertuduh adalah presiden yang sah dalam kelab berkenaan, (oleh itu) mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh daripada kedua-dua pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri," katanya.
Mengikut pertuduhan pindaan utama, Mohammad Yusri didakwa sebagai presiden kelab itu melakukan pecah amanah jenayah dengan menjadikan harta iaitu wang bantuan Pelan Induk Pembangunan dan DCC Talent Development Program 2017 milik Kelab Berbasikal Darul Naim berjumlah RM80,000 bagi kegunaan sendiri.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kampung Alor Pasir, Pasir Puteh pada Mac 2017 dan dituduh di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan bagi pertuduhan pindaan utama yang boleh dihukum penjara selama tidak lebih 20 tahun, sebat dan denda jika disabit kesalahan.
Bagi pertuduhan pindaan pilihan, Mohammad Yusri didakwa menyalahgunakan wang bantuan Pelan Induk Pembangunan dan DCC Talent Development Program 2017 milik Kelab Berbasikal Darul Naim berjumlah RM80,000 untuk kegunaan sendiri di tempat dan masa yang sama.
Dia dituduh di bawah seksyen 403 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara enam bulan hingga lima tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mariah Omar manakala tertuduh diwakili peguam, Azura Ghazali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas presiden kelab basikal
#Kelab Berbasikal Darul Naim
#dilepas dan dibebas
#Mohammad Yusri Ismail
#tuduhan pecah amanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan