awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Presiden MIC Dr Subramaniam terima anugerah Pravasi Bhartiya Samman dari India

Bernama
Bernama
11/01/2025
10:51 MYT
Bekas Presiden MIC Dr Subramaniam terima anugerah Pravasi Bhartiya Samman dari India
Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia memuji Dr Subramaniam atas sumbangan cemerlang beliau terhadap masyarakat India di Malaysia.
KUALA LUMPUR: Bekas Presiden MIC yang juga bekas menteri Tan Sri Dr S. Subramaniam menerima Anugerah Pravasi Bharatiya Samman (PBSA) 2025 daripada kerajaan India, semalam.
PBSA merupakan penghormatan tertinggi diberikan kepada kaum India dari luar negara sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan mereka dalam bidang politik.
Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia dalam kenyataan dikeluarkan semalam memuji Dr Subramaniam atas sumbangan cemerlang beliau terhadap masyarakat India di Malaysia.
"Beliau mencetuskan penubuhan Jawatankuasa Kabinet bagi Hal ehwal India yang menjadi asas kepada beberapa inisiatif penting termasuk kempen MyDaftar dan Mega MyDaftar bagi menangani isu dokumentasi dihadapi masyarakat India di peringkat akar umbi," menurut kenyataan itu.
Penerima anugerah itu dipilih oleh juri yang dipengerusikan Naib Presiden India, dibantu Menteri Hal Ehwal Luar dan wakil daripada pelbagai agensi.
Dr Subramaniam pernah berkhidmat sebagai menteri dari 2008 hingga 2018 dengan memegang portfolio Sumber Manusia dan Kesihatan.
Di bawah kepimpinan beliau, struktur pentadbiran seperti Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan (STIF) dan Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India (SEDIC) (kini dikenali sebagai MITRA) diwujudkan untuk menangani cabaran pendidikan, kebajikan, dan sosioekonomi masyarakat tersebut.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#S Subramaniam
#Anugerah Pravasi Bharatiya Samman
#India
#MIC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan