awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas presiden MIC Subramaniam bakal terima Anugerah Pravasi Bharatiya Samman

Bernama
Bernama
09/01/2025
15:00 MYT
Bekas presiden MIC Subramaniam bakal terima Anugerah Pravasi Bharatiya Samman
Bekas presiden MIC yang juga bekas menteri Tan Sri Dr S. Subramaniam bakal menerima Anugerah Pravasi Bharatiya Samman (PBSA) 2025 daripada kerajaan India esok. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bekas presiden MIC yang juga bekas menteri Tan Sri Dr S. Subramaniam bakal menerima Anugerah Pravasi Bharatiya Samman (PBSA) 2025 daripada kerajaan India esok.
PBSA ialah penghormatan tertinggi diberikan kepada kaum India dari luar negara dan akan disampaikan oleh Presiden India pada majlis Konvensyen Pravasi Bharatiya Divas (PBD) ke-18 di Bhubaneswar, Odisha dari 8 hingga 10 Jan.
Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia mengucapkan tahniah kepada Dr Subramaniam atas pencapaian itu.
"Tahniah kepada Tan Sri Dr Subramaniam K.V. Sathasivam, bekas Menteri Kesihatan dan bekas Menteri Sumber Manusia dan bekas presiden Kongres India Malaysia (MIC) atas penerimaan Anugerah Pravasi Bharatiya Samman 2025 dalam bidang politik.
"Tahniah atas pencapaian itu yang mencerminkan komitmen dan dedikasi Tan Sri Dr Subramaniam terhadap perkhidmatan awam serta sumbangan beliau kepada peningkatan hubungan India-Malaysia," menurut kenyataan Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia.
PBSA mengiktiraf individu atas sumbangan luar biasa mereka dalam pelbagai bidang termasuk perkhidmatan awam, politik dan memperkukuh hubungan antarabangsa India.
Juri pemilihan dipengerusikan oleh Naib Presiden India dibantu oleh Menteri Hal Ehwal Luar dan wakil daripada pelbagai agensi.
Menurut portal Kementerian Luar India, seramai 27 individu berketurunan India telah menerima pengiktirafan pada tahun ini.
Dr Subramaniam berkhidmat sebagai menteri dari 2008 hingga 2018, memegang portfolio Sumber Manusia dan Kesihatan. Dalam tempoh ini, beliau menerajui beberapa inisiatif yang membantu meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi masyarakat India di Malaysia.
Antaranya, penubuhan Jawatankuasa Kabinet bagi Hal Ehwal India yang menjadi asas kepada kempen MyDaftar dan Mega MyDaftar, membantu menyelesaikan isu dokumentasi kewarganegaraan.
Selain itu, Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan (SITF) dan Sedic (kini dikenali sebagai MITRA) diwujudkan untuk menangani cabaran pendidikan, kebajikan dan sosioekonomi masyarakat India.
Satu daripada pencapaian penting ialah memperoleh peruntukan kerajaan untuk sekolah Tamil bermula pada 2010 yang membawa kepada penambahbaikan infrastruktur sekolah yang kekurangan dana.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas Presiden MIC
#S Subramaniam
#Anugerah Pravasi Bharatiya Samman
#Kerajaan India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan