awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TASK raih kutipan hampir RM4 juta tahun 2026
Meta, TikTok dan Google perkukuh ciri keselamatan digital remaja
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman dibuka mulai hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Senator Muhamad Mustafa meninggal dunia akibat komplikasi jantung

Bernama
Bernama
10/09/2024
05:50 MYT
Bekas Senator Muhamad Mustafa meninggal dunia akibat komplikasi jantung
Solat jenazah Muhammad diimamkan Datuk Mohd Nassuruddin Daud di Masjid Al-Huda, Kampung Huda pada 10 pagi. - Facebook Menteri Besar Kelantan
KOTA BHARU: Bekas Senator, Muhamad Mustafa, 66, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini pada 11.20 malam tadi dipercayai akibat komplikasi jantung.
Anak Allahyarham, Mahabbatamminni Muhamad, 30, berkata bapanya yang mengalami masalah jantung sejak dua tahun lepas mengalami demam dan dirawat di hospital berkenaan sebelum kesihatan semakin merosot minggu lepas.
"Sebelum ini beliau kata nak 'balik kampung', hendak 'jumpa Rasulullah' sebab sudah lama tidak ke sana (Mekah), beliau sudah beli tiket menunaikan umrah dan sepatutnya 29 Sept ini berangkat ke Mekah," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Muhammad dilantik sebagai Ahli Dewan Negara dari 2017 hingga 2020 dan pernah menjadi Ahli Parlimen Ketereh (1999-2004) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit (2008-2013).
Sementara itu, jenazah Muhammad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Jannah, Kampung Huda, Kubang Kerian pada 10.30 pagi tadi, bersebelahan dengan pusara isterinya Allahyarham Azizah Ishak yang meninggal dunia pada 2022.
Sebelum itu, solat jenazah diimamkan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud di Masjid Al-Huda, Kampung Huda pada 10 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas senator meninggal dunia
#sakit jantung
#muhamad mustafa
#Mohd Nassuruddin Daud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan